Wednesday, January 28, 2009

Balik Asal

Sudah tiga hari rakyat Malaysia menyambut Tahun Baru Cina. Tengahari tadi saya menghantar Zani ke Melaka Sentral. Beliau akan pulang ke Kota Bharu dengan menaiki Keretapi dari Seremban. Bila sampai di rumah, Edie juga dah bertolak ke Batu Pahat. Nampaknya , semua dah kembali ke tempat masing-masing selepas bercuti. Masa mereka kanak-kanak dulu, memang tak pernah berenggang dengan saya . Ke mana pergi, mengekor aja. Sekarang dah lain pula. Sorang utara, sorang barat dan sorang lagi di timur. Tapi sekali fikir, kalau dah sampai dewasapun mereka masih tak boleh berenggang dengan saya, berat juga kes ni!
Nampaknya, balik asallah saya ni!!!!!!!!!!!!

Monday, January 26, 2009

Tak tenteram

Dah lama benar saya tidak menulis di blog ini. Bukan saja tak menulis, lihatpun tidak! Malas dan hati pula tidak tenteram. Apa tidaknya! Saya baru kehilangan bonda tercinta pada 24 September lalu . Belum hilang rasa sedih tu, perlu pula ke Surabaya menguruskan pernikahan El. Lepas tu, buat pula majlis menyambut menantu. Walaupun majlis tersebut sederhana sahaja, tapi kan perlu juga bersedia macam-macam! Tapi syukurlah . Semuanya berjalan lancar. Allah swt mempermudahkan semua urusan tersebut.
Sekarang ... baru rasa lega sedikit. Sehari dua lagi insyaalah saya akan menyambung tugas menulis buku ke lima saya. Dah lama terhenti atas faktor-faktor tadi. Saya berdoa apabila mula menulis kelak , fikiran saya semakin kembali tenang . Ilham pun akan kembali datang. Tak tersumbat lagi......macam paip air yang sering tersumbat dek kerana sampah-sampah yang banyak...
Buat pertama kali malam ini , saya membuka e-mail saya semula. Wah! Ada juga yang menulis kepada saya. Apa lagi, mereka yang membaca buku-buku sayalah. Nampaknya ada juga yang minat membacanya. Cepat-cepat saya membalasnya. Kasihan budak-budak ni kalau tak di balas e-mail mereka. Lagipun mereka tu kan cikgu-cikgu belaka! Saya sayang mereka semua tuuuuuuuuuuu!.