Friday, November 20, 2009

Geram..........

Geram betul saya hari ini. Hajat datang ke perpustakaan Negeri hendak releks sambil tu baca apa yang patuit untuk mengisi minda, tapi sedang syok-syok membaca datang bebudak ni entah dari sekolah mana ...duduk memenohi ruang bacaan bercakap dan bergurau sesama sendri seolah-olah mereka tidak sedar tempat tersebut adalah perpustakaan !!!!!ada pula sekumpulan remaja perempuan, barangkali guru-guru pelataih gayanya, duduk berkumpulan , berbual sambil bergelak ketawa . Dari gayanya macam mereka sedang berbual mengenai fesyen tudung terkini. Ini disebabkan masing-masing sibuk membetulkan tudung masing-masing, diikat dengan berbagai gaya sambil bergelak ketawa.
Saya yang duduk di situ mula rasa terganggu. Apa yang dibaca dah tak masuk lagi di dalam otak ni ! Seorang dua warga emas yang duduk berdekatan juga dah mula gelisah, macam gaya mahu aja tinggalkan tempat itu.
Pelik, kenapa ramai sangat manusia hari ini tidak peka kepada keadaan sekeliling?. Kalau datang ke perpustakaan hanya untuk berbual atau berjumpa dengan 'BOY FRIEND', baik tak usah datang...pergi aja di kebun bunga atau restoran, makan-makan. Tak malukah kepada mereka yang duduk mentelaah buku? Tak rasa bersalahkan kalau kehadiran mereka di situ mengganggu si ulat buku?
Penat guru-guru melatih murid-murid di sekolah supaya apabila berrada di perpustakaan wajib senyap? Di dalam perpustakaan tak boleh berbual, tak boleh bergurau, tak boleh mengoyakkan buku-buku atau mencurinya? Kenapa susah sangat untuk membuat sesuatu pekerjaan yang disukai dan tidak menyusahkan orang lain?
Tak senang melihat gelagat mereka, saya terus memberi isyarat supaya mereka diam! Ah! Terperanjat gak mereka. Ada yang tersipu-sipu malu dan ada yang tunduk tak berani angkat muka lagi.
Sewaktu hendak meninggalkan perpustakaan , saya sempat bercakap dengan kerani perempuan disitu.....' Di atas tu bising sangat!...budak-budak berbual! Mengganggu orang lain yang hendak membaca!", kata saya. Si kerani tersebut yang memang dah biasa dengan saya memandang saya.'Memang macam tu puan, ini kan dah nak tutup sekolah...ramailah yang datang kat sini", jawabnya kesal.
'Datang tu memang baik, tapi mengganggu orang yang hendak membaca tu yang tak betul! Saya tegur mereka tadi!", jawab saya. Si kerani tersenyum.' Baguslah puan Hajah buat macam tu!", jawabnya.
Semasa memandu menuju ke rumah, saya melihat diri saya...aduh!!!! dah bersara pun masih nak tegur dan nasihat orang! Tapi.....bila fikir balik...sekali sudah menjadi guru, selamanya sifat guru itu tak boleh dikikis dari hati ini!!!!!!!!

Monday, November 16, 2009

Di mana Jaga?

Selepas ke Tesco saya memecut ke Masjid Negeri. Kebetulan sudah masuk waktu Zohor.Walaupun sembahyang Jemaah baru selesai tetapi eloklah saya sembahyang dahulu di situ sebelum ke perpustakaan walaupun sendirian. Sebaik parking kereta agak jauh sedikit kerana masih banyak kereta jemaah di situ, saya mula menunaikan tanggungjawab. Malang benar , bunyi alarm dari salah sebuah kereta mengganggu konsentrasi. Bukan seminit tetapi begitu lama, hampir 40 minit. Barangkali yang empunya kereta walaupun sudah selesai sembahyang masih duduk di masjid, tidak sedar alarm itu datangnya dari keretanya.
Di mana jaga? Sepatutnya salah seorang dari mereka naiklah ke masjid untuk memaklumkan kepada jemaah yang masih berlonggok berbual sesama sendiri. Mana tahu yang empunya kereta ada dalam kumpulan yang berbual itu. Barulah jemaah lain yang hendak menunaikan tanggung jawabnya tidak terganggu. Aduhailah jaga...anda ramai di pondok tu...buat apa ha? Takkanlah itupun nak diajar?

Sunday, November 15, 2009

Tak tahu ...

Berbual dengan Latifah, gadis Jepun yang baru memeluk Islam cukup membingungkan saya.
Tak tahu nak cakap macam mana. Latifah kurang tahu bahasa Melayu mahupun Inggeris, dan saya pula hanya tahu sepatah dua saja Bahasa Jepun. Jadi nak berkomunikasi agak payah. Kata Latifah, 3 bulan dulu beliau memakai tudung tapi sekarang tidak lagi. Puncanya, apabila beliau keluar rumah dengan memakai tudung, ramai sangat yang bertanya beliau. Tak kira Melayu mahupun bukan Melayu. 'Mengapa orang Jepun pakai tudung?". Latifah tak tahu jawab. Marah ! Bosan ! Langsung ambil keputusan tidak memakainya lagi.
Saya cadangkan Latifah pergi ke PERKIM. Di sana beliau akan mendapat bimbingan secara berterusan. Islam bukan hanya mengucap dua kalimat shahadat malah Latifah patut tahu secara mendalam tentangnya. Jika sudah belajar baru beliau tahu Islam itu mudah dan indah. Natijahnya secara automatik, tudung bukan satu masalah lagi!
Saya kesal tidak dapat membantunya.....Di doakan beliau berjumpa sesaorang yang dapat membimbingnya dengan sabar, tekun dan penuh keikhlasan!
Semoga Allah swt mempermudahkan perjalanan Latifah dalam mencari Nya!

Tuesday, November 3, 2009

Jumpa Kawan!

Walaupun sebuk membuat gubahan hantaran Intan, saya setuju juga ke Mesyuarat Persatuan Sejarah di Seri Negeri jam 3.30 petang tadi. Ini disebabkan Mi datang mengambil saya di rumah .Kalau orang dah sanggup datang ambil dan saya pula masih tak mahu pergi, itu namanya melampau bebenau............!
Sebaik tiba di ODT, saya dah mula rasa seronok. Ramai kawan lama ada . Aduh! Nampaknya Semua veteran aja yang datang ni? Yang muda-muda mana mereka? Tak minat nak berpersatuankah? Atau sebuk bebenau? Kalau pun sebuk bebenau, sesekali elok juga buat kerja-kerja yang tak bergaji ni~
Masa menghadapi jamuan petang tadi, saya ditanya oleh sesaorang yang duduk di sebelah,
Sekaranh, hajah bolehlah aktifkan balik persatuan tu! Eh? Kenapa atas bahu sayalak?"
Eh! Kenapa saya lak?
Apapun ,