Tuesday, January 26, 2010

Satu jam berputar

Jam 6.00 pagi keluar rumah, sepatutnya sampai ke tempat yang hendak dituju paling lewat pun pukul 9.30 pagi, tapi malang betul....jam 10.00 pagi saya masih berputar-putar mencari di mana bangunan YGMB dekat Taman Malawati. Nasib baik suami sabar. Masuk sana , masuk ke sini, Lorong Selangor tak gak jumpa. Lama-lama berhenti depan Bank Muamalat, cuba telefon Yana , tp Yana tak jawab.
Anih gak saya. Hampir lebih 10 orang yang ditemui , saya cuba mendapatkan bantuan agar mereka menunjukkkan jalan ke YGMB tapi tak seorangpun tahu. Orang yang bekerja di sekitar beberapa buah bank di situpun tak tahu. Rasa macam nak balik aja, tapi kuatkan hati, tenangkan fikiran! Terus jelajahi juga kawasan tersebut. Kata suami, mungkin bangunan YGMB tu kecil, sebab itu orang tak nampak dan tak tahu.
Sekelai lagi saya berhenti didepan B/Maamalat. Cuba telefon Yana...cuba telefon Murni....dan akhirnya percubaan terakhir cuba telefon Asrul. Nasib baik, panggilan terjawab. Kata Asrul," tunggu kat situ, saya datang, YGMB hanya di belakang Muamalat".RUPA-RUPANYA YGMB TERSERGAM tapi ramai tak nampak!
Ketika saya menuntut dahulu, saya pernah berangan-angan , kalau saya sudah bekerja , dan sudah berkeluarga , saya mahu membina rumah kediaman di kawasan tanah lapang , di keliling rumah akan ditanam pokok-pokok hijau dan berbunga, tidak mahu suasana yang herok-pikok dan mahukan jiran-jiran yang mesra alam.
Nampaknya 85% impian saya sudah dikabulkan Nya. Saya bersyukur dan lebih amat bersyukur kerana saya boleh kenal dengan hampir semua jiran dan penduduk di kampung saya!!!!!!!!!!!.
Sepanjang mesyuarat dijalankan saya gembira dapat bertukar fikiran dengan rakan-rakan , dapat melontar idea dan yang paling seronok saya masih boleh menyumbang kepada YGMB untuk guru-guru! .