Petang ini saya memberi ceramah kepada GPK Sekolah-sekolah Menengah Daerah Muar. Tempatnya di Hotel Seri Malaysia. Sudah seminggu wakilnya menghubungi saya agar saya dapat memenohi undangan mereka. Tajuk yang diberi kepada saya ialah "GPK kah aku atau....?
Memang ketika saya mula-mula mendengar tajuk tersebut saya tertawa sendiri. Sebab tajuk tersebut sama dengan tajuk buku kedua saya iaitu "Gurukah Aku Atau........?". Tetapi setelah berfikir seminit dua saya rasa seronok pula. Setidak-tidaknya saya dapat mengupas tajuk tersebut dan mengaitkannya dengan pengalaman selama 15 tahun saya menjadi pengetua. Apa salahnya kalau saya berkongsi pengalaman dengan mereka ?