Sunday, April 25, 2010

Semoga doa dikabulkan!

Dah lama benar rasanya tak dapat meluahkan perasaan di blog saya ini. Kadang-kadang terasa macam syok sendiri lak tapi kalau cara ini boleh meluahkan perasaan saya apa salahnya. Bukan ganggu sesiapa pun!
Sebenarnya saya tidak menjenguk-jenguk bolok ni sejak 7 mac yang lalu kerana mahu menumpukan perhatian kepada ibadat Umrah yang dijadual berlangsung pada 15 Mac. Walaupun dah pergi bekali-kali namun setiap kali hendah berangkat tu, saya perlu jugak menyemak kembali apa yang sepatutnya saya lakukan semasa di sana nanti. Kalau tak bersedia betul-betul ,takut percuma sahaja pergi ke sana tanpa mendapat sebarang menafaat malah mendapat dosa dan bala pulak.
Kerana itulah semua jemputan ceramah pada tarikh-tarikh akhir nak berangkat dan termasuk semasa hari-hari saya di sana telah ditolak lebih awal.Namun, kita hanya dapat merancang tetapi keputusan terakhir terletak di tangan Nya.
Jadual penerbangan saya tiba-tiba ditunda kerana Kerajaan Arab Saudi masih belum meluluskan visa Umrah. Yang ada hanya Visa Ziarah serta Umarah. Saya pula tidak mahu ziarah-ziarah ke Meser atau Jordan tetapi mahu terus ke Mekah dan Madinah sebab tidak mahu konsentrasi ibadah terganggu. Lagipun dalam usia seperti ini saya harus berusaha mengurangkan aktiviti agar tenaga dapat dijimatkan semasa di sana kelak. Lantaran itu saya harus akur kepada perubahan jadual penerbangan itu.
Alhamdulillah, hampir sebulan menunggu , akhirnya jadual penerbangan saya diberitahu pada 15 April dan kembali ke Tanah Air pada 23 April. Pada tarikh yang ditetapkan saya dan suami selamat menuju ke destinasi.
Semasa di Madinah ( 3 malam 4siang) saya tidak berhadapan dengan sebarang masalah kecuali rasa terkilan sedikit kerana tidak dapat lama beramal di Raudhah sebab jemaah yang kebanyakannya dari Negara Turki, Pakistan, India dan Indonesia terlalu ramai, hingga bersesak-sesak dan berhimpit-himpit, suasananya hampir sama ketika saya menunaikan Haji tahun 1989 dahulu. Mujurlah sekarang ini Masjid Nabi dibuka 24 jam dan masa bagi kaum wanita ke Raudhan juga diberi dua peringkat( dari jam 8-11 pagi, 1.00-3.00 petang ) maka dapatlah saya ke situ . Dan mujur juga hotel tumpangan tidak jauh daripada Masjid Nabawi.
Hari ke 5 saya sudah selamat berada di Mekah. Malang benar rasanya kerana hotel Darulsalam agak jauh daripada Masjidil Haram. Walaupun dari tingkap hotel saya boleh nampak masjid tersebut namun untuk ke sana terpaksa mengikut jalan yang berbengkang bengkok hampir 1.5 km lantaran gangguan kerja pembaikan bangunan serta frasarana.
Lantaran keadaan itu saya terpaksa mengheret kaki yang memang sudah sedia sakit ini berulang alek dari hotel ke masjid hampir 3 km di x dengan 4 kali sehari( Magrib dan Isyak saya tidak pulang ke hotel) .Ini bermakna dalam sehari saya berjalan hampir 12 km dan ini belum termasuk berjalan kerana menjalani tawaf atau sae.
Allah swt maha mengasihani dan maha penyayang. Tertamu yang kerdil ini tidak sedikit pun merasa sakit kaki atau letih kerana keadaan tersebut. Malah sentiasa terangsang untuk terus menjalankan kewajipan yang sepatutnya saya lakukan ditanah suci ini. Malah jika Dia mengizinkan dan ada kudrat dan iradat serta razki, insyaalah mahu rasanya ke sana lagi secepat mungkin.
Apa yang menarik suasana Umrah kali ini ialah, saya lihat ramai jemaah daripada negara saya terdiri daripada golongan muda antara 20'an ke 30 'an. Kebanyak terdiri daripada golongan profesional. Mereka bukan sahaja pergi bersendirian malah turut membawa anak dan isteri sekali. Daripada perbualan saya dengan mereka kebanyakan daripada mereka ini telahpun datang ke sini lebih daripada sekali.' Daripada bercuti ke tempat lain lebih baik buat Umrah!', kata mereka. Ini satu petanda yang cukup baik dan amat membanggakan saya kerana ini menunjukkan betapa makmornya kehidupan rakyat di negara ini.
Ada pula jemaah yang datang kerana memenohi nazar si anak. Si anak yang bernazar jika dapat kerja yang sesuai , mereka akan membawa ibu dan ayahnya mengerjakan Umrah juga ramai yang dijumpai. ALangkah bahagianya kalau ramai anak-anak berazam seperti itu, bukan berazam kalau dapat kerja cepat-cepat mahu kahwin........Bukan saya tak suka anak-anak ni kahwin awal tapi, berilah peluang kepada ibu dan bapa mencapai impiannya untuk ke Tanah suci agar apabila mereka pulang ke tempat yang kekal kelak si anak tidak akan rasa terkilan.
Selama 8 hari di Mekah saya rasa masa berjalan terlalu pantas.Tak puas rasanya . Kalau dibenarkan mahu berada beberapa hari lagi di situ, tetapi saya harus tertakluk kepada jadual yang ditetapkan. Dengan rasa sedih dan hiba saya terpaksa meninggalkan Kaabah . Entah dapat atau tidak lagi saya memandangnya, bersujud di Multazam, Hajar Ismail atau bersujud di depan pintu Kaabah ! Entah-entah ini adalah kali terakhir saya dapat ke sana. Namun sebagai manusia yang lemah dan tidak ada daya upaya, saya tetap berdoa menadah tangan memohon kepada Nya agar saya masih diberi kesempatan untuk datang lagi ke situ..!!!!!!!!!!!!!!!
Semoga doa saya dikabulkan Nya!

6 comments:

Hjh Noralenna Abbas said...

Alhamdulillah, kau dan suami selamat pulang ke tanah air, semoga doa kau dimakbulkan. Aku di Kuantan sekarang.

INTAN HERLINA JASMI...mAMa MiNe said...

Alhamdulillah.....InsyaAllah...

norainimy said...

bau mekah dan madinah datang lagi...

Elmie Nizam said...

Alhamdulillah..
Semoga kita dapat pergi lagi anak beranak.. Amin.

Norbi Husin said...

Baguslah...kalau Intan gak ada hasrat seperti itu. Semoga Allah swt mengkabulkannya.

Norbi Husin said...

Memang bagus kalau dapat pergi seisi keluarga ...lantas usha ke arah itu harus dibuat daripada sekarang!!!!!!