Wednesday, September 17, 2008

Puasa Lagi

Dah lebih setengah bulan umat Islam menjalani ibadat puasa. Maknanya, Hari Raya sudah semakin dekat. Saya lihat umat Islam sudah mula membanjiri kedai-kedai baju dan kedai bunga. Wah! gawat-gawat macam ni pun, nafsu untuk membeli belah tak berkurangan. Kuih raya tetap hendak banyak dan baju raya harus bertukar ganti. Tak palah bagi yang mampu. Bagi yang tak mampu tu kenalah ubah sikit sikap tu. Berbelanjalah mengikut yang perlu. Kalau sebelum ini kuih raya mahu 10 atau 15 jenis, tahun ni, ada lima jenis pun dah kiralah okeylah tu!
Saya pula, tahun ni dah macam malas betul hendak buat kuih. Dulu masa anak kecil kecil, 5 atau 6 hari puasa aja saya dah sibuk buat kuih lepas berbuka. Berbotol-botol saya buat. Langsung tak rasa penat walaupun di sebelah siangnya saya bekerja. Kalau hari Sabtu dan Ahad, makin banyak kuih yang saya buat. Kadang-kala jam 12 malam pun masih didapur. Tapi sejak kebelakangan ni, dah malas betul nak buat kuih. Buat apa saya buat kuih banyak-banyak? Anak-anak semua dah besar panjang. Mereka ni dah tak macam dulu. Dulu nampak aja kuih raya dah terkam. Lepas raya semua kuih habis. Sekarang, mereka dah tak mahu lagi kuih raya tu. Agaknya dah muak. Jadi buat apa saya buat kuih banyak2? Kalau nak buat pun saya buat yang mereka suka aja. Orang kata kuih Raja Ema . Badam bercampur coklat. Insyaalah pasti kuih tu akan habis nanti.
Walaupun kuih tak ada, tapi berbagai aneka kerepek tetap ada. Anak bujang saya dah janji dia akan beli di Batu Pahat dan bawa balik . Senang gak ye? Tak payah susah2 macam dulu. Ini untungnya kalau masa mereka anak-anak, mereka dah puas makan kuih yang ibunya buat sendiri. Bila dah besar....tak heranpun kuih orang lain!!!!!
Bulan-bulan puasa ni bila berbuka teringat gak kat budak2 ni! Apalah agaknya mereka makan bila berbuka puasa? Saya kat sini masak ikut selera tapi mereka?Untuk menghilangkan rasa terkilan tu saya pujuklah hati sendiri. Saya pun dulu bila merantau macam mereka gak!
Makan apa yang ada atau makan apa yang termampu dibeli ! Alah hidup gak!
Saya berdoa agar el, ed dan zani semuanya sihat-sihat aja!

Sunday, September 7, 2008

TAK KELUAR LANGSUNG

Termasuk hari ini sudah 7 hari umat Islam menjalani ibadat puasa. Alhamdulillah setakat ini saya masih merasa seperti biasa. Segar dan seronok menjalankan kerja-kerja harian. Dulu orang kata kalau kita sudah bersara, kita akan menjadi bingung kerana tak tahu apa nak buat. Ada yang pagi-pagi dah bangun dan hendak pergi kerja, walhal, mereka ni dah bersara. Kasihan juga kalau ada yang macam ni. Bagi saya, kalau dah sampai masa kita bersara tu, eloklah kita bersara, jangan dok nak ingat-ingat lagi suasana semasa kita bekerja. Kan masa tu dah berlalu.
Tapi suka juga saya katakan, kalau kita dah bersara , kita sebenarnya masih lagi boleh buat sibuk .Kadang-kala lebih sibuk daripada mereka yang tidak bekerja. Apataknya/ Lepas subuh aja, kita dah masuk ofice untuk buat sarapan pagi. Lepas tu kita jadi cleaner pula. Sampailah jam 11 pagi. Lepas tu, masuk balik ofice untuk sedia makan tengahari. Petang lak, kita kena jadi gardener.Hoi! penat gak kalau tiap hari macam tu aja. Malam? Kita tak boleh buang masa. Baca apa sahaja bahan yang ada khususnya surat khabar . Dapat gak kita up-datekan otak kita. Kalau tak takut otak kita kecutttttttttt!
Tapi klenapa dua tiga hari ni bila saya mengadap komputer untuk menyambung penulisan bagi buku ke lima saya, otak tak mahu jalan. Ilham tak ada. Puas fikir-fikir, tapi tak keluar juga idea. Pelik juga. Saya mencari sebabnya tapi tak adapun satu jawapan yang tepat. Akhirnya saya agak, saya jadi macam tu sebab perut kosong. Kalau macam tu tak apalah...nanti lepas puasa tentu keadaan saya kembali pulih. Tapi kalau terus-terusan macam ni susah juga saya. Nampak gayanya buku ke 5 ni tak dapat terbitlah. ! Saya tak bpleh mengalah. Saya harus melawan perasaan malas ni.