Wednesday, September 17, 2008

Puasa Lagi

Dah lebih setengah bulan umat Islam menjalani ibadat puasa. Maknanya, Hari Raya sudah semakin dekat. Saya lihat umat Islam sudah mula membanjiri kedai-kedai baju dan kedai bunga. Wah! gawat-gawat macam ni pun, nafsu untuk membeli belah tak berkurangan. Kuih raya tetap hendak banyak dan baju raya harus bertukar ganti. Tak palah bagi yang mampu. Bagi yang tak mampu tu kenalah ubah sikit sikap tu. Berbelanjalah mengikut yang perlu. Kalau sebelum ini kuih raya mahu 10 atau 15 jenis, tahun ni, ada lima jenis pun dah kiralah okeylah tu!
Saya pula, tahun ni dah macam malas betul hendak buat kuih. Dulu masa anak kecil kecil, 5 atau 6 hari puasa aja saya dah sibuk buat kuih lepas berbuka. Berbotol-botol saya buat. Langsung tak rasa penat walaupun di sebelah siangnya saya bekerja. Kalau hari Sabtu dan Ahad, makin banyak kuih yang saya buat. Kadang-kala jam 12 malam pun masih didapur. Tapi sejak kebelakangan ni, dah malas betul nak buat kuih. Buat apa saya buat kuih banyak-banyak? Anak-anak semua dah besar panjang. Mereka ni dah tak macam dulu. Dulu nampak aja kuih raya dah terkam. Lepas raya semua kuih habis. Sekarang, mereka dah tak mahu lagi kuih raya tu. Agaknya dah muak. Jadi buat apa saya buat kuih banyak2? Kalau nak buat pun saya buat yang mereka suka aja. Orang kata kuih Raja Ema . Badam bercampur coklat. Insyaalah pasti kuih tu akan habis nanti.
Walaupun kuih tak ada, tapi berbagai aneka kerepek tetap ada. Anak bujang saya dah janji dia akan beli di Batu Pahat dan bawa balik . Senang gak ye? Tak payah susah2 macam dulu. Ini untungnya kalau masa mereka anak-anak, mereka dah puas makan kuih yang ibunya buat sendiri. Bila dah besar....tak heranpun kuih orang lain!!!!!
Bulan-bulan puasa ni bila berbuka teringat gak kat budak2 ni! Apalah agaknya mereka makan bila berbuka puasa? Saya kat sini masak ikut selera tapi mereka?Untuk menghilangkan rasa terkilan tu saya pujuklah hati sendiri. Saya pun dulu bila merantau macam mereka gak!
Makan apa yang ada atau makan apa yang termampu dibeli ! Alah hidup gak!
Saya berdoa agar el, ed dan zani semuanya sihat-sihat aja!

2 comments:

edie ezwan said...

raye kali ni..
1. kuih batang buruk
2.tempeyek
3. kepek pedas
4.??
5.??

lagi 2 tu tgh pikir nak beli per ek? hrm...

Norlela Zubir said...

Assalamualaikum.

Selamat Hari Raya buat Bibik Norbi dan famili. Tak mengapa jika Bibik tak buat kuih raya. 'Kuih tunjuk' kan banyak di kedai-kedai, kita beli sajalah, hihihi... Saya pun sama macam Bibik. Emak saudara borek, anak saudara rintik!

Tahniah buat Bibik. Selamat menulis buku-buku baru yang dapat memberi inspirasi kepada orang lain.