Tuesday, July 29, 2008

SDAR

Sebaik selesai membereskan tugas-tugas di pejabat tengahari tadi saya terus bertolak ke Sungai Gadot bagi memenohi jemputan menyampaikan ceramah di Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR). Tajuk ceramah yang diminta saya menyampaikannya ialah tentang Budaya Kerja Cemerlang. Pada mulanya saya memang agak keberatan untuk menerima jemputan tersebut sebab SDAR adalah sekolah elit. Setiap tahun keputusan peperiksaannya memang antara yang terbaik di negara ini. Saya percaya sudah tentu warga sekolah tersebut juga terdiri daripada guru-guru yang hebat yang mindanya daripada kelas pertama. Kalau begitu buat apa saya ke sana lagi kerana mereka memangpun sudah mempunyai budaya kerja yang cemerlang?
Tetapi oleh kerana sekolah tersebut adalah sekolah bekas sekolah anak bong su saya, saya rasa bersalah juga kalau tidak menunaikan jemputan mereka. Paling tidak mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada warga sekolah tersebut yang telah bersusah payah mendidik anak saya sehingga beliau berjaya di dalam peperiksaannya. Lagipun sejak semalam, anak bongsu saya menghantar sms dua tiga kali kepada saya agar saya tidak lupa menyampaikan salamnya kepada bekas guru-gurunya itu.
Memang seronok bila saya sampai di sekolah itu. Cantik dan amat kondusif. Saya disambut oleh beberpa orang guru sebaik tiba di situ. Dan paling menyeronokkan, ditangan mereka saya lihat mereka membawa buku-buku motivasi karya saya.
Tak sangka orang hebat dan cemerlangpun masih terus membaca buku-buku seperti itu!Ini yang dikatakan " guru minda kelas pertama"- sentiasa berusaha meningkatkan kualiti diri.
Sebaik selesai menyampaikan slot ceramah, semasa hendak menuju ke kantin sekolah, saya mendapat sms dari Izani. " Ibu sudah sampaikan salam pada guru-guru Zani?". Saya menunjukkan sms itu kepada mereka yang berdekatan dengan saya.
Di doakan SDAR terus maju mencipta nama sebagai sekolah tersohor di tanah air! Amin!

Friday, July 25, 2008

Ketika dalam perjalanan pulang ke rumah petang tadi saya mendapat panggilan telefon dari Pn Rozita Yahaya , Guru Besar SK Bandar Baru Bangi. Seronok benar rasanya hati kerana sudah lama saya tidak mendengar suaranya. Seingat saya sudah hampir setahun lebih iaitu sejak saya bersara. Rindu benar saya dengan rakan-rakan yang berpangkat adik kepada saya. Dahulu, ketika saya bertugas sebagi Ketua Sektor kami kerap berjumpa sebab kami sama-sama dipilih oleh Unit Akademik Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran untuk menjayakan TOT IL. Kami ke Serawak, ke Sabah, Ke Langkawi dan lain-lain tempat lagi untuk menyampaikan ceremah IL.
Kata Rozita beliau mahu berjumpa saya esok kerana kebetulan besok saya akan ke SMK Batu 6 Bandar Baru Bangi atas jemputan perkembangan staf di situ.Tak sabar rasanya mahu berjumpanya!

Tuesday, July 15, 2008

SMS DARI KELANTAN

MALAM TADI SAYA MENERIMA SMS DARIPADA SHAMSURI SEORANG GURU DI KELANTAN-SMSNYA RINGKAS. BELIAU MERASA SERONOK KERANA HASIL USAHANYA MALAM TADI MENYEDIAKAN SALAH SATU RESEPI BAGI MEMPASTIKAN P & P NYA PAGI ITU BERKESAN- TELAH MEMBUATKAN PELAJAR-PELAJARNYA SERONOK. KATANYA BELIAU AMAT BERSEMANGAT MENJALANKAN TUGASNYA SETELAH MENDAPAT SUNTIKAN SEMANGAT DARIPADA SAYA MELALUI BUKU YANG DIBACA. SAYA MENGUCAP SYUKUR BERKALI-KALI KEPADA ALLAH SWT KERANA ADA JUGA YANG MENDAPAT FAEDAH DARIPADA PENULISAN SAYA . BUKAN SYOK SENDIRI ATAU UNTUK CARI WANG. DALAM HIDUP UNTUK MENCARI KEBAHAGIAAN , KETENANGAN DAN KEPUASAN , WANG BUKANLAH SEGALA-GALANYA!.
DI DOAKAN CIKGU SHAMSURI AKAN MENJADI GURU TERBAIK DAN KONSTAN HINGGA KE AKHIR HAYATNYA! AMIN!

Monday, July 14, 2008

TERIMA PANGGILAN

10.15 MALAM.
SYA MENERIMA PANGGILAN TELEFON DARI BEKAS GURU YANG PERNAH BERKHIDMAT DI BAWAH PENTADBIRAN SAYA LEBIH KURANG 9 TAHUN YANG LALU. KETIKA ITU SAYA BERKHIDMAT DI SMKUT.
TAK SANGKA BELIAU MASIH MENGINGATI SAYA. KAMI BERTANYA KHABAR DAN SAYA GEMBIRA MENDENGAR BELIAU SEKARANG SUDAH DG 48.
TETAPI KENAPA BELIAU TIDAK MEMOHON MENJADI GURU CEMERLANG KERANA SEINGAT SAYA BELIAU ADALAH DI ANTARA GURU YANG TERBAIK DI SMKUT !
KADANG-KALA ORANG-ORANG YANG CEMERLANG INI MEREKA TIDAK PERASAN YANG DIRI MEREKA ITU CEMERLANG!

Sunday, July 13, 2008

Ceramah

Hari ini saya menyiapkan bahan ceramah untuk SMK Dengkil. Tajuk ceramah yang diminta saya kupas ialah Guru Cemerlang, Pelajar Gemilang , Sekolah Terbilang. Walaupun penat kerana sepanjang hari Sabtu saya diminta menyampaikan berbagai slot untuk mengisi perkembangan staf beberapa sekolah di Selangor, Johor dan Negeri Sembilan, namun apabila berhadapan dengan guru-guru, segala penat terasa hilang. Saya gembira apabila melihat ramai guru hari ini telah menunjukkan komitmen mereka terhadap tugas mereka.

Tuesday, July 1, 2008

Aktiviti di Kolej DMDI - Unit Komuniti





Selain kursus-kursus akademik di peringkat sijil, diploma,ijazah,sarjana dan phd, Kolej Antarabangsa DMDI juga menyediakan kursus-kursus pendek untuk komuniti di semua peringkat umur. Tujuannya untuk memberi kemahiran dan menyemai semangat keusahawanan. Sesiapa berminat dapatkan maklumat lanjut:

Kolej Antarabangsa DMDI
Lot S3c Tingkat 3 Bangunan Melaka Mall
Lebuh Air Keroh 75450 Melaka
Tel: (606) 231 3431/3432

Pesanan Buku Kepada Sesiapa Yang Berminat?


Judul : Gurukah Aku atau ... ?
Harga : RM24.00
Status stok: Stok masih ada

'Mengisahkan sifat dan tingkahlaku guru-guru di sekolah, diceritakan oleh penulis melalui episod-episod pendek untuk dijadikan renungan dan iktibar. Amat sesuai dibaca oleh semua peringkat umur.'



Judul : Asam Pedas Gula Melaka
Harga : RM43.00
Status Stok: Stok masih ada


'Buku ini mengisahkan bagaimana penulis menangani masalah di semua sekolah yang ditadbirnya dengan menggunakan kekuatan IQ, EQ, dan SQ hingga berjaya merangkul beberapa hadiah di peringkat kebangsaan'



Cara pesanan:
Pesanan boleh dibuat melalui email edieflatland@yahoo.com atau sms 0129062949.