Sebaik selesai membereskan tugas-tugas di pejabat tengahari tadi saya terus bertolak ke Sungai Gadot bagi memenohi jemputan menyampaikan ceramah di Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR). Tajuk ceramah yang diminta saya menyampaikannya ialah tentang Budaya Kerja Cemerlang. Pada mulanya saya memang agak keberatan untuk menerima jemputan tersebut sebab SDAR adalah sekolah elit. Setiap tahun keputusan peperiksaannya memang antara yang terbaik di negara ini. Saya percaya sudah tentu warga sekolah tersebut juga terdiri daripada guru-guru yang hebat yang mindanya daripada kelas pertama. Kalau begitu buat apa saya ke sana lagi kerana mereka memangpun sudah mempunyai budaya kerja yang cemerlang?
Tetapi oleh kerana sekolah tersebut adalah sekolah bekas sekolah anak bong su saya, saya rasa bersalah juga kalau tidak menunaikan jemputan mereka. Paling tidak mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada warga sekolah tersebut yang telah bersusah payah mendidik anak saya sehingga beliau berjaya di dalam peperiksaannya. Lagipun sejak semalam, anak bongsu saya menghantar sms dua tiga kali kepada saya agar saya tidak lupa menyampaikan salamnya kepada bekas guru-gurunya itu.
Memang seronok bila saya sampai di sekolah itu. Cantik dan amat kondusif. Saya disambut oleh beberpa orang guru sebaik tiba di situ. Dan paling menyeronokkan, ditangan mereka saya lihat mereka membawa buku-buku motivasi karya saya.
Tak sangka orang hebat dan cemerlangpun masih terus membaca buku-buku seperti itu!Ini yang dikatakan " guru minda kelas pertama"- sentiasa berusaha meningkatkan kualiti diri.
Sebaik selesai menyampaikan slot ceramah, semasa hendak menuju ke kantin sekolah, saya mendapat sms dari Izani. " Ibu sudah sampaikan salam pada guru-guru Zani?". Saya menunjukkan sms itu kepada mereka yang berdekatan dengan saya.
Di doakan SDAR terus maju mencipta nama sebagai sekolah tersohor di tanah air! Amin!
No comments:
Post a Comment