Dah lama benar saya tidak menulis di blog ini. Bukan saja tak menulis, lihatpun tidak! Malas dan hati pula tidak tenteram. Apa tidaknya! Saya baru kehilangan bonda tercinta pada 24 September lalu . Belum hilang rasa sedih tu, perlu pula ke Surabaya menguruskan pernikahan El. Lepas tu, buat pula majlis menyambut menantu. Walaupun majlis tersebut sederhana sahaja, tapi kan perlu juga bersedia macam-macam! Tapi syukurlah . Semuanya berjalan lancar. Allah swt mempermudahkan semua urusan tersebut.
Sekarang ... baru rasa lega sedikit. Sehari dua lagi insyaalah saya akan menyambung tugas menulis buku ke lima saya. Dah lama terhenti atas faktor-faktor tadi. Saya berdoa apabila mula menulis kelak , fikiran saya semakin kembali tenang . Ilham pun akan kembali datang. Tak tersumbat lagi......macam paip air yang sering tersumbat dek kerana sampah-sampah yang banyak...
Buat pertama kali malam ini , saya membuka e-mail saya semula. Wah! Ada juga yang menulis kepada saya. Apa lagi, mereka yang membaca buku-buku sayalah. Nampaknya ada juga yang minat membacanya. Cepat-cepat saya membalasnya. Kasihan budak-budak ni kalau tak di balas e-mail mereka. Lagipun mereka tu kan cikgu-cikgu belaka! Saya sayang mereka semua tuuuuuuuuuuu!.
No comments:
Post a Comment