Monday, May 17, 2010

Perginya seorang sahabat............

Jam 4 petang tadi, ketika aku menunggu Mie datang ke rumah, aku mendapat berita sedih dari AISHAH. Min telah kembali kerahmatullah jam 12 tgh tadi. Terkejut aku mendengar berita tersebut. Sambil mengucap sesuatu di atas pemergiannya aku terbayang wajah Min,lengguk tutur katanya dan budibahasanya. Pada aku Min memang seorang sahabat yang baik ikhlas dan jujur.
Aku mengenali Min ketika aku menghadiri Majlis Persaraan Guru Besarnya, Encik Besah, iaitu Guru Besar SK Jasin. Selaku GPK 1, Min telah menyampaikan ucapan perpisahan kepada Guru Beasarnya itu bagi mewakili warga sekolahnya. Aku mengikuti setiap perkataan yang diucapkannya. Memang baik ucapannya yang disertai gurindam yang menyusuk kalbu. Ketika itu aku sudah melihat bahawa Min memang seorang GPK yang boleh diharap kerana melalui ucapannya aku tahu dia membuat kajian dan pemerhatian yang teliti sebelum menulis ucapan tersebut. Walau bagaimanapun ketika itu aku belum lagi kenal mesra dengannya.
Sebaik aku berpindah ke Jabatan, selain memegang tugas sebagai KSPA , aku juga dilantik sebagai YDP PUSTAKAM. Ini memberi peluang kepada aku mengenali Min secara lebih dekat kerana beliau ketika itu telah menjadi GB dan sebagai salah seorang AJK PUSTAKAM mewakili Daerah Jasin. Oleh kerana kami membuat banyak aktiviti , Min tidak terlepas terpaksa memegang tugas Pengerusi salah satu portfolio yang dibentuk. Jujur aku katakan, aku senang bekerja dengannya kerana setiap tugas yang diberi Min tidak pernah menolak. Mukanya sentiasa manis walaupun tugas yang diberikan kepadanya agak berat.
Sejak itu kami agak rapat, boleh bergurau dan beliau sudah tidak malu-malu lagi berbincang dengan ku jika ada masalah yang timbul. Min seorang yang 'humble' dan baik hati. Walaupun sudah bergelar Datin , tapi Min tetap mahu dipanggil namanya sahaja. Susah mencari sahabat seperti ini.
Min pernah menghantar SMS kepada ku ketika beliau dimasukkan kehospital tetapi aku tidak dapat ke sana kerana pada tarikh yang sama , aku terpaksa menghantar menantu yang hendak bersalin. Walau bagaimanapun selepas semuanya berjalan lancar, menantu telah selamat bersalin dan sudah segar sedikit , aku menziarahi Min di rumahnya bersama Aishah. Ketika itu Min baru pulang dari hospital selepas membuat 'kimo'. Min nampak letih tetapi mahu terus berbual walaupun aku menghalangnya. Kami duduk di rumahnya hampir 30 minit . Sebelum nmeninggalkannya, aku mendoakannya agar beliau cepat sembuh dan dapat terus aktif mengusahakan bisnesnya bersama keluarga.
Hari ini Min telah meninggalkan semua yang mengasihinya. Aku benar-benar rasa terharu di atas pemergiannya namun Allah swt lebih tahu apa yang dilakukanNya. Sebagai sahabat aku hanya dapat menyedekahkan bacaan Yassin kepadanya sebelum menunaikan solat Asar tadi. Walaupun tak sempat menziarahinya kerana jenazahnya akan dikebumikan lepas solat Asar, namun aku tetap mendoakan agar roh sahabat ku ini iatu Datin Aminah Zakaria di tempatkan di kalangan orang-orang terpilih .Amin...........

2 comments:

awangsulungmerahmenyala said...

salam takziah,

al-fatihah.

brontok?takdak pun kat mph ka borders ka?macam mana nak dapatkannya cikgu?

http://greatdaddy.blog.ekawan.com

Norbi Husin said...

Alah Wang...senang aja, tuliskan alamat surat menyurat Awang, bankinkan duit buku tu RM 29.00 kepada cikgu. Insyaalah, dalam masa seminggu sampailah buku tu kat Awang. Duit pos tak payah bayar daaaaaaaaaa...