Tuesday, August 5, 2008

Selepas selesai menyampaikan ceramah EIC kepada peserta-peserta kursus PTK jam 10.30 pagi tadi seorang peserta kursus dari Negeri Sembilan terus berjumpa saya. Katanya mengapa slot ceramah saya itu tidak di letakkan pada awal kursus sebab sudah dua hari beliau tension dengan kursus PTK, baru sekarang selepas selesai mendengar ceramah tadi beliau merasa lega dan relaks .
Wah!Kasihan juga saya mendengar aduannya. Tapi .......Kenapa lak nak tension dengan kursus PTK?. Kalau tak lulus pun bukan bermakna guru-guru tidak bijak? Kadang-kala ada orang lulus tapi kerjanya di sekolah entah apa-apa!....
Apa pun, kalau pergi berkursus anggap aja anda pergi untuk mendapat ilmu atau berjumpa rakan-rakan untuk bertukar-tukar fikiran. Jangan buang umur kerana nmelayan tension kita...OK?
Selamat mengambil PTK kepada yang masih belum lagi!.....

No comments: