Tuesday, July 15, 2008

SMS DARI KELANTAN

MALAM TADI SAYA MENERIMA SMS DARIPADA SHAMSURI SEORANG GURU DI KELANTAN-SMSNYA RINGKAS. BELIAU MERASA SERONOK KERANA HASIL USAHANYA MALAM TADI MENYEDIAKAN SALAH SATU RESEPI BAGI MEMPASTIKAN P & P NYA PAGI ITU BERKESAN- TELAH MEMBUATKAN PELAJAR-PELAJARNYA SERONOK. KATANYA BELIAU AMAT BERSEMANGAT MENJALANKAN TUGASNYA SETELAH MENDAPAT SUNTIKAN SEMANGAT DARIPADA SAYA MELALUI BUKU YANG DIBACA. SAYA MENGUCAP SYUKUR BERKALI-KALI KEPADA ALLAH SWT KERANA ADA JUGA YANG MENDAPAT FAEDAH DARIPADA PENULISAN SAYA . BUKAN SYOK SENDIRI ATAU UNTUK CARI WANG. DALAM HIDUP UNTUK MENCARI KEBAHAGIAAN , KETENANGAN DAN KEPUASAN , WANG BUKANLAH SEGALA-GALANYA!.
DI DOAKAN CIKGU SHAMSURI AKAN MENJADI GURU TERBAIK DAN KONSTAN HINGGA KE AKHIR HAYATNYA! AMIN!

3 comments:

WS Zuriati said...

Assalamulaikum,
Puan, saya juga banyak membaca buku-buku tulisan puan yang pinjam dari kawan saya yang bernama Shamsuri. Saya kagum dengan puan. Semoga hidup puan bersinar selamanya...

Norbi Husin said...

Waalaikumsalam wszuriati! Terima kasih kerana sudi membaca buku-buku saya.Saya doakan Zu juga akan menjadi insan cemerlang suatu hari nanti! Amin

Rozita Yahaya said...

Salam Puan Norbi,

Terima kasih di atas ilmu yang dicurahkan dan bait-bait kata yang memberi semangat. Didoakan Puan Norbi sentiasa sihat dan dapat mencurahkan ilmu untuk dijadikan panduan sebagai pendidik yang amat penting untuk pembangunan manusia dan negara yang seimbang. Amin.

Wasalam,

Rozita.