Wednesday, May 27, 2009

Seronok Jumpa Kawan

Ketika berpusing-pusing mencari jeruk di supermarket pagi tadi saya terserempak dengan kawan lama. Jamilah dan Kamisah. Wah ceria nampak kedua-dua mereka apabila ternampak saya. Mereka baru lepas menghadiri kelas Bahasa Al Quran lalu jalan-jalanlah di situ.Apa yang nak dirisaukan. Anak2 semua dah besar panjang tak perlulah terkocoh-kocoh balik ke rumah.
Berjumpa mereka banyaklah cerita yang dibualkan. Maklumlah seorang bekas pengetua dan seorang lagi bekas Ketua Bidang. Masing-masing bercerita kisah silam dan kisah masa kini. Saya cukup seronok berjumpa mereka ini. Hampir 1 jam kami berbual, tidak perasan sudah hampir nak Zohor.
Dari situ saya memecut ke Bunga Raya mencari bahan untuk kenduri kahwin anak saudara. Putar-putar di sana, dapatlah apa yang dicari.Sampai di rumah cepat-cepat menunaikan tanggungjawab kepada Allah swt dulu sebelum menyinsing tangan di dapur.
Rupa-rupanya , saya sekarang lebih sibuk daripada semasa berkhidmat dahulu. Tapi sibuk kali ini sibuk yang tidak terikat dengan time - frame. Kedua-duanya amat menyeronokkan.

Sunday, May 24, 2009

Banyakkan Bersyukur

Sebaik selesai menyampaikan slot ceramah yang bertajuk Memperkasakan Pengurusan Pengurus Pertengahan di Peringkat Sekolah di MITC pagi ini saya terus memecut pulang ke rumah. Memandangkan anak-anak sedang bercuti dan ada dirumah saya terpaksa menyediakan makan tengahari untuk mereka. Terkocoh-kochoh saya memasak kerana jam sudah menujukkan pukul 11.00 pagi. Petang ini saya ada temujanji dengan seorang teman pula.
Sambil memasak, saya teringat bahawa kalaulah saya mempunyai anak gadis pasti mereka akan membantu saya di dapur. Anak-anak bujang ni bukan tak boleh membantu tapi mereka ni suka membantu kerja-kerja yang bukan dibuat di dapur. Inilah nasib kalau tak punya anak gadis!!!!!!!
Tapi sahabat saya pula mengatakan, saya beruntung kerana ketiga-tiga anak saya semuanya lelaki. Bila saya tanya beliau kenapa beliau cakap begitu jawabnya, engkau tak tau, anak gadis ni banyak masalahnya.
Kesimpulan nya , manusia ini tak pernah puas dengan apa yang telah dikurniakan Allah swt kepadanya. Mereka tidak banyak bersyukur tetapi banyak meminta. Semoga Allah swt mengampuni dosa-dosa saya.

Saturday, May 23, 2009

APA RAHSIANYA?

Satu soalan yang paling popular, sering ditanya kepada saya ialah.." bagaimana saya mengekalkan motovasi diri hingga sentiasa cergas bila menyampaikan ceramah atau apabila saya bekerja".Semalam dan pagi tadi pun soalan yang sama diutarakan kepada saya. Saya ingin berkongsi rahsia dengan pembaca blog saya. Rahsianya ialah,
1. Kita wajiblah ingat bahawa semua yang kita lakukan di dunia ini semata-mata untuk mendapatkan keredhaannya . Lantaran itu, mana boleh kita mengeluh atau melakukan sesuatu tugas itu secara tangkap muat? Kan Allah swt sentiasa melihat apa yang kita lakukan?. Kalau ini kita pegang kuat insyaalah, kita akan sentiasa bermotivasi semasa bekerja kerana kita tahu Allah swt sentiasa melihat apa yang kita lakukan dan dia penilai yang maha adil.
2. Seseorang itu akan sentiasa enjoy apabila dia melakukan sesuatu yang dia suka atau minati. Contohnya, kalau dia suka menuntun t.v, dia merasa ada yang tak kena dengan dirinya kalau tak dapat menuntun t.v sehari. Kalau dia seorang penggemar bola sepak, dia sanggup menonton perlawanan bola sepak di kaca t.v walaupun subuh sudah hampir menjelang. Maknanya, jika kita mahukan sesutu pekerjaan itu dapat dilakukan dengan baik dan tidak rasa penat atau bosan. maka jadikanlah pekerjaan tersebut hobi kita. Insyaallah, kita akan dapat mengekalkan prestasi kerja kita sepanjang masa.
Makan ubat? ini saya tak berani nak cakap! Sebab takut salah cakap nanti!!!!!!!!!.Lagipun, makan ubat macam mana banyak pun kalau sikap kita tak nak diubah, kita lagu tu lagu tu juga habislah kita.
Ok !
Tk. nh/09

Saturday, May 16, 2009

Selamat Hari Guru

Sejak semalam dan sepanjang petang tadi saya banyak menerima sms dari bekas-bekas kakitangan dan guru-guru serata negeri yang mengenali saya. Malangnya sms mereka itu baru saya balas malam ini kerana sepanjang semalam dan sehingga hari ini saya terlalu sibuk menyampaikan ceramah dibeberapa buah sekolah di Kelang dan Shah Alam. Letih memang terasa letih tetapi apabila mereka menjemput saya di Intekma jam 10.30 pagi tadi sebaik selesai tugas di situ, saya terpaksa mengikut mereka. Tak mahu hampakan harapan mereka. Suami pula terpaksa saya tinggalkan di Intekma kerana ada urusan di sana yang belum beres. Baik benar hati guru-guru di SMKTDH ni. Sanggup menunggu suami untuk di bawa ke Taman Dato Harun pula.
Magrib, saya menalipon Kho kerana mahu beliau menghantar buku-buku untuk di bawa ke Teratai , Bangi minggu depan. Kebetulan beliau masih di Terengganu, membuat pameran sempena Sambutan Hari Guru yang dibuat di sana. Wah! Pasti ramai guru di sana sedang seronok meraekan hari mereka. Macam ketika saya berkhiudmat dahulu. Terkenang saat itu terasa macam semalam berlaku.
Ketika berhenti di Plaza Tol Seremban jam 4.00 petang, terserempak pula dengan si Kassim. Katanya ke Kelang mengambil barang untuk persiapan Sambutan Hari Guru di sekolahnya Isnin ini. Wah! Apa lagilah yang hendak dipersembahkannya tahun ini ye? Kau tahu tak Kassim, Aci-aci Buka Pintu masih saya lihat sekali sekala bila rindu menggamit?.
Apa pun saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru yang mengenali saya.

Sunday, May 3, 2009

Segar Melihat bunga-bungaan.

Letih betul saya malam tadi .Apataknya!, dari jam 9.00 pagi keluar rumah . jam 8 malam baru sampai di rumah sebab tersekat diperjalanan KL- Seremban. Tapi puas hati sebab dapat ziarah uncle di PJ dan anak saudara di Bangi.
Pergi kat rumah dia orang ni, saya jamu mata habis. Di rumah uncle, saya tergamam melihat land scaping di rumahnya. Wuh! Cantik betul. Beraneka bunga -bungaan ada di situ. Rasa segar badan. Walaupun usia kedua mereka sudah menjangkau 80 tahun tetapi mereka kelihatan masih sihat dan segar. Ini mungkin mendapat aura dari bunga-bunga tu.
Balik, macam nak buat.... tapi tak larat!!!!!! Sorry lah... saya juga tak dapat ikut ke Morocco. Nanti kalau dua-dua bujang ni dah berumah tangga, saya rasa dah tak ada halangan kalau nak ke mana-mana!