Sunday, May 24, 2009

Banyakkan Bersyukur

Sebaik selesai menyampaikan slot ceramah yang bertajuk Memperkasakan Pengurusan Pengurus Pertengahan di Peringkat Sekolah di MITC pagi ini saya terus memecut pulang ke rumah. Memandangkan anak-anak sedang bercuti dan ada dirumah saya terpaksa menyediakan makan tengahari untuk mereka. Terkocoh-kochoh saya memasak kerana jam sudah menujukkan pukul 11.00 pagi. Petang ini saya ada temujanji dengan seorang teman pula.
Sambil memasak, saya teringat bahawa kalaulah saya mempunyai anak gadis pasti mereka akan membantu saya di dapur. Anak-anak bujang ni bukan tak boleh membantu tapi mereka ni suka membantu kerja-kerja yang bukan dibuat di dapur. Inilah nasib kalau tak punya anak gadis!!!!!!!
Tapi sahabat saya pula mengatakan, saya beruntung kerana ketiga-tiga anak saya semuanya lelaki. Bila saya tanya beliau kenapa beliau cakap begitu jawabnya, engkau tak tau, anak gadis ni banyak masalahnya.
Kesimpulan nya , manusia ini tak pernah puas dengan apa yang telah dikurniakan Allah swt kepadanya. Mereka tidak banyak bersyukur tetapi banyak meminta. Semoga Allah swt mengampuni dosa-dosa saya.

3 comments:

Hjh Noralenna Abbas said...

Norbi,
Aku bersyukur dengan apa yang ada. Allah maha mengerti.

lembayung senja said...

Cikgu,
Kita senasib nampaknya....dikurniakan putera dan tidak ada puteri buat penyeri.
Saya bersyukur, wpun tiada puteri yang yang menemani di rumah, anak-anak saya banyak mewarisi sifat bapanya yang rajin menyelesaikan kerja-kerja di rumah.Meskipun kurang memahami naluri wanita,urusan dirumah agak ringan.
Semoga jk hayat masih ada,dikurniakan nanti 5 menantu sebagai pengganti 5 puteri yang dinanti, insyallah.

Norbi Husin said...

UBK, harap2 begitulah...dapat menantu bukan hantu! He! He! Gurau aja...bolehkan?