Wednesday, May 27, 2009

Seronok Jumpa Kawan

Ketika berpusing-pusing mencari jeruk di supermarket pagi tadi saya terserempak dengan kawan lama. Jamilah dan Kamisah. Wah ceria nampak kedua-dua mereka apabila ternampak saya. Mereka baru lepas menghadiri kelas Bahasa Al Quran lalu jalan-jalanlah di situ.Apa yang nak dirisaukan. Anak2 semua dah besar panjang tak perlulah terkocoh-kocoh balik ke rumah.
Berjumpa mereka banyaklah cerita yang dibualkan. Maklumlah seorang bekas pengetua dan seorang lagi bekas Ketua Bidang. Masing-masing bercerita kisah silam dan kisah masa kini. Saya cukup seronok berjumpa mereka ini. Hampir 1 jam kami berbual, tidak perasan sudah hampir nak Zohor.
Dari situ saya memecut ke Bunga Raya mencari bahan untuk kenduri kahwin anak saudara. Putar-putar di sana, dapatlah apa yang dicari.Sampai di rumah cepat-cepat menunaikan tanggungjawab kepada Allah swt dulu sebelum menyinsing tangan di dapur.
Rupa-rupanya , saya sekarang lebih sibuk daripada semasa berkhidmat dahulu. Tapi sibuk kali ini sibuk yang tidak terikat dengan time - frame. Kedua-duanya amat menyeronokkan.

1 comment:

Hjh Noralenna Abbas said...

Bi,
We have all the time!