Kalau sampai musim cuti sekolah, Hari Sabtu dan Ahad bagai ada pesta. Jalan raya penuh dengan kereta menuju ke majlis perkahwinan memenohi undangan saudara mara dan sahabat handai.Hari ini sahaja saya memenuhi undangan 7 orang sementara semalam 5orang. Walaupun badan terasa letih tetapi hati gembira kerana dapat meraekan majlis kawan-kawan.
Ini kelebihan masyarakat Melayu kita. Sudah menjadi tradisi, kalau boleh semua undangan hendak dipenuhi. Kadang-kala, yang menjemput rasanya tidak dikenali tetapi bila sampai ke rumahnya baru sedar, kita mengenalinya. Lagipun tak rugi kita ke rumah mereka sebab di situlah kita dapat berjumpa ramai rakan yang sudah lama terpisah. Orang kita tak kisah berapa sumbangan yang kita hulurkan, yang penting ikhlas dan niat membantu sesama rakan. Kadang-kala tak makan pun di rumah tersebut!
Semoga semua anak-anak kita yang baru mendirikan rumah tangga ini dapat melayari bahtera rumah tangga dengan aman dan damai hingga ke akhir hayat.
Selamat Pengantin Baru kepada mereka semua!
No comments:
Post a Comment