Wednesday, August 26, 2009

Dapat cucu

Dah lama saya tak menulis di blog saya ni. Kali terakhir saya menulis ialah pada 6 hb Jun. Bukan sebab dah tak kuasa lagi nak menulis tetapi banyak hal yang berlaku hingga masa hendak meluah perasaan kat blog ni macam dah tak ada. Tapi sekarang rasa dah lega sikit!
Sebenarnya antara perkara yang membuat saya terlupa sekejap kat blog ni ialah saya sibuk menyelesaikan penulisan buku saya ( buku ke 5) . Targetnya harus selesai sebelum Julai .Alhamdulillah, Allah swt sudah mempermudahkan. Semua dapat dibereskan dalam jangka masa yang ditetapkan. Lepas tu anak dan menantu pula pulang dan berpindah ke sini. Wah sibuk gak jadinya. Hingga nak pandang lap-top pun dah tak nampak!!!!!
Kemudian panggilan untuk menjayakan kursus-kursus Ladap disekolah penuh setiap Jumaat dan Sabtu. Ada juga yang jemput pada hari-hari persekolahan di sebelah petang. Kalau tak pegi kesihan gak sebab mereka ni dah booking sejak Febuari lalu! Mahu tak mahu gi gak.
Dan yang paling menyebukkan saya ialah bila dapat cucu pertama pada 21 hb.0gos lalu. Wah! Tak menang tangan saya dibuatnya. Kerana menantu bersalin di rumah saya!
Rupa-rupanya, seronok gak dapat cucu ni. Penat , memanglah penat! Tapi bila tenguk mukanya , semua penat hilang...Dan bila dah tahu bila dia nak menagis, bila dia nak kencing, baru saya boleh tune kerja. Lega jadinya.
Apa pun saya ingin mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa kepada semua yang membaca blog saya ini terutama rakan dan taulan yang mengenali saya. Semoga kita semua dapat menjalani ibadah ini dengan penuh ikhlas.

11 comments:

Hjh Noralenna Abbas said...

Salam Norbi,
Memang lama tak dengar cerita. Tahniah, dapat cucu. Tahniah dapat gelaran baru? Panggil apa ah? Selamat menjalani ibadah puasa dengan penuh sabar dan khusyuk

Anonymous said...

salam cikgu.
nadiah ni, kakak izzati.
tahniah dapat cucu.
selamat menjalani ibadah puasa, semoga puasa tahun ini leboh bermakna dgn kehadiran cucu.
=]

Norbi Husin said...

Apa-apapun boleh panggil.Jangan panggil nek kebayan udahlah! Maklumlah ....kan aku ni masih boleh tahannnnn...ya hoo! Kalau free jemputlah ke rumah Hari Raya nanti. Kalau nak datang dibulan puasapun boleh gak...tapi tak dapat basahkan tekak lah! Ok?

Norbi Husin said...

Salam Nadia! t.k sebab luangkan masa baca blog cikgu. Memang seronok gak dapat cucu ni. Riuh sikit bunyi budak menagis tapi kalau menangis aja pening gak!
Dengar khabar , Nadia dah tak lama lagi ye? Amacam dah buat persiapan?Pasti sibukkan? Jangan lupa sekeping kad untuk cikgu tau!
Ok, Jemput ke rumah H/Raya nanti.

Safirul Amar said...

salam bibik,

tahniah ye kerana dapat cucu, dah jadi nenek.kalau dulu sibuk dengan tugas tapi kini sibuk dengan cucu.
alhamdullilah, ada masa nanti amar dtg melawat..raya tahun ni makin meriah la gamaknya sebab ada orang baru.

ikhlas
safirul amar azmi
amarmilan.blogspot.com

INTAN HERLINA JASMI...mAMa MiNe said...

assalamualaikum..
Bibik,
Congratulations..you have a grandchild now..you'll be called "Nenek"..such so nice word..alhamdulillah..

Kindly hope that you'll pray for me to be a mother..one day maybe..insyaallah..

-intanherlinajasmi-

Norbi Husin said...

Hei Intan, I always WAITING FOR another cucu anak buah! Yeah, of course from you....so do the best! he! he! Thanks alot.

Norbi Husin said...

Waalaikum salam Amar, meriah tu meriahlah juga tapi bapak saudara kenalah bagi anak buah tahun ni...amacam Amar? boleh? Janganlupa tukar duit siang-siang...Ezra Ahmad tunggu tau!!

Safirul Amar said...

ok, untuk EZRA AHMAD..tunggu ya, nanti abg amar bagi duit raya, tapi buka time angpow lepas abg amar balik....hehehe

INTAN HERLINA JASMI...mAMa MiNe said...

bibik,
hari raya just around the corner..guess what that i really hope from you? can i get ANGPAU from u? can lar..please...sayang bibik..:p

Norbi Husin said...

Ayo...yo Tan, Intan yang bagi bik now! Amacam? Setuju?