Diam tak diam sudah hampir 21 hari umat Islam menjalani ibadat puasa. Cukup pantas masa berlalu. Bagi kanak-kanak dan orang-orang muda , tentu mereka dah tak sabar nak menunggu kedatangan Syawal...Apa tak nya..bagi anak-anak muda masa nilah mereka nak memperagakan pakaian baru rekaan terkini. Best punya. Bagi kanak-kanak pula , mereka dah mula mencongak-congak berapa banyak kutipan wang hari raya yang boleh mereka dapat tahun ni....Masa nilah boleh ketuk abang-abang, kakak-kakak, bapak-bapak atau emak-emak saudara agar beri duit raya lebih sikit.....hei seronoknya!!!!!
Teringat masa kanak-kanak dulu..memang macam tu lah saya. Masa tu kalau orang bagi 20 sen pun dah cukup banyak. Lepas dapat kumpul duit raya kami adik beradik duduk tercatuk di atas serambi rumah, mengira hasil kutipan sepanjang 3 hari( biasanya masa tu hari keempat raya dah tak dapat duit lagi ). Wang syiling tersebut di susun tindih bertindih , nak tenguk siapa yang terpanjang sekali ! Siapa yang susunannya terpanjang dialah yang paling banyak dapat duit raya. Selalunya saya yang paling banyak dapat. Kadang kala sampai RM 11.00. Wow! Masa itu RM 11.00 tu dah cukup banyak, dah jadi orang kaya. Sebabnya...4 keping biskut lemak baru harganya 5 sen!
Sekarang ni... kalau kita bagi anak-anak 20 sen tentu mereka berdekah-dekah tertawa...
Silap-silap haribulan dia tak mahu ambilllllll!
Apa pun nostalgia itu amat menyeronokkan .
Kepada semua sahabat saya yang mengahantar sms kepada saya, marilah kita sama-sama mengucap syukur kepada Allah swt kerana kita semua masih dapat berhubung antara satu sama lain. Terlalu banyak nekmat Nya kepada kita. Semoga nekmat dan rahmat itu tidak terputus di dunia sahaja.Aminnnnnnn!
\
No comments:
Post a Comment