Monday, November 16, 2009

Di mana Jaga?

Selepas ke Tesco saya memecut ke Masjid Negeri. Kebetulan sudah masuk waktu Zohor.Walaupun sembahyang Jemaah baru selesai tetapi eloklah saya sembahyang dahulu di situ sebelum ke perpustakaan walaupun sendirian. Sebaik parking kereta agak jauh sedikit kerana masih banyak kereta jemaah di situ, saya mula menunaikan tanggungjawab. Malang benar , bunyi alarm dari salah sebuah kereta mengganggu konsentrasi. Bukan seminit tetapi begitu lama, hampir 40 minit. Barangkali yang empunya kereta walaupun sudah selesai sembahyang masih duduk di masjid, tidak sedar alarm itu datangnya dari keretanya.
Di mana jaga? Sepatutnya salah seorang dari mereka naiklah ke masjid untuk memaklumkan kepada jemaah yang masih berlonggok berbual sesama sendiri. Mana tahu yang empunya kereta ada dalam kumpulan yang berbual itu. Barulah jemaah lain yang hendak menunaikan tanggung jawabnya tidak terganggu. Aduhailah jaga...anda ramai di pondok tu...buat apa ha? Takkanlah itupun nak diajar?

No comments: