Geram betul saya hari ini. Hajat datang ke perpustakaan Negeri hendak releks sambil tu baca apa yang patuit untuk mengisi minda, tapi sedang syok-syok membaca datang bebudak ni entah dari sekolah mana ...duduk memenohi ruang bacaan bercakap dan bergurau sesama sendri seolah-olah mereka tidak sedar tempat tersebut adalah perpustakaan !!!!!ada pula sekumpulan remaja perempuan, barangkali guru-guru pelataih gayanya, duduk berkumpulan , berbual sambil bergelak ketawa . Dari gayanya macam mereka sedang berbual mengenai fesyen tudung terkini. Ini disebabkan masing-masing sibuk membetulkan tudung masing-masing, diikat dengan berbagai gaya sambil bergelak ketawa.
Saya yang duduk di situ mula rasa terganggu. Apa yang dibaca dah tak masuk lagi di dalam otak ni ! Seorang dua warga emas yang duduk berdekatan juga dah mula gelisah, macam gaya mahu aja tinggalkan tempat itu.
Pelik, kenapa ramai sangat manusia hari ini tidak peka kepada keadaan sekeliling?. Kalau datang ke perpustakaan hanya untuk berbual atau berjumpa dengan 'BOY FRIEND', baik tak usah datang...pergi aja di kebun bunga atau restoran, makan-makan. Tak malukah kepada mereka yang duduk mentelaah buku? Tak rasa bersalahkan kalau kehadiran mereka di situ mengganggu si ulat buku?
Penat guru-guru melatih murid-murid di sekolah supaya apabila berrada di perpustakaan wajib senyap? Di dalam perpustakaan tak boleh berbual, tak boleh bergurau, tak boleh mengoyakkan buku-buku atau mencurinya? Kenapa susah sangat untuk membuat sesuatu pekerjaan yang disukai dan tidak menyusahkan orang lain?
Tak senang melihat gelagat mereka, saya terus memberi isyarat supaya mereka diam! Ah! Terperanjat gak mereka. Ada yang tersipu-sipu malu dan ada yang tunduk tak berani angkat muka lagi.
Sewaktu hendak meninggalkan perpustakaan , saya sempat bercakap dengan kerani perempuan disitu.....' Di atas tu bising sangat!...budak-budak berbual! Mengganggu orang lain yang hendak membaca!", kata saya. Si kerani tersebut yang memang dah biasa dengan saya memandang saya.'Memang macam tu puan, ini kan dah nak tutup sekolah...ramailah yang datang kat sini", jawabnya kesal.
'Datang tu memang baik, tapi mengganggu orang yang hendak membaca tu yang tak betul! Saya tegur mereka tadi!", jawab saya. Si kerani tersenyum.' Baguslah puan Hajah buat macam tu!", jawabnya.
Semasa memandu menuju ke rumah, saya melihat diri saya...aduh!!!! dah bersara pun masih nak tegur dan nasihat orang! Tapi.....bila fikir balik...sekali sudah menjadi guru, selamanya sifat guru itu tak boleh dikikis dari hati ini!!!!!!!!
3 comments:
salam cikgu..
budak2 sekarang dalam library pun jadi berdating!! :)
assalamualaikum bibik..
lain kali bibik sound mcm ni.."sy dtg library ni mmg nk dgr koghang berborak..boraklah lg"...hehehe..mesti dioghang malu giler..:P
Salam Norbi,
Hai, mengapalah tak 'sapu' rumah ni? Dah bersawang dia. Sambil tu bolehlah nyanyi lagu "Geram, macam-macam geram, geram bermacam ragam......" Kau geram kat cucu kau tak?
Post a Comment