Saturday, March 6, 2010

Bersama Mantan-mantan......

Selama 3 malam 4 hari kami di KL International Hotel menyiapkan modul baru PTK dengan mengambil kira sukatan baru untuk guru-guru, memang amat meletihkan. Kami bekerja dari pagi hingga ke malam membuat persiapan nota dan modul bengkel bagai orang-orang muda yang masih bertenaga walhal yang datang ini hanyalah mantan-mantan yang sudah lama bergelar warga emas. Penat memerah otak kami bergelak ketawa terutama apabila ada cerita-cerita lucu daripada tukang-karut-tukang karut yang tak pernah kenal erti letih dan penat. Saya tak kering gusi mendengar tukang karut daripada kumpulan Beta bercerita. Memang seronok kalau sesekali berjumpa seperti ini. Terasa macam masih berada di zaman muda di mana kami semua tidak pernah kenal istilah penat dan letih semasa bekerja.
Seperkara yang hendak saya kongsi di sini, cerita benar daripada si Tukang Karut kumpulan Beta, katanya sepanjang beliau bertugas di Kementerian atau sekolah dahulu, beliau tidak pernah mengambil cuti mahupun MC. Ini hanya disedari sewaktu pegawai kerani menyiapkan maklumat dirinya ketika hendak bersara. Beliau cuba mengingatkan kembali betulkah maklumat tersebut. Hasilnya memang benar... Saya tabek beliau!
Hari ini si tukang karut ini menjadi pengerusi beberapa buah syarikat yang ditawarkan kepadanya . Semua bayaran yang diperolehi semasa bersara belum luak sesenpun, yang hanya terpakai ialah sedikit-sedikit sahaja daripada wang pencen setiap bulan.Maklumlah...apa yang hendak dibeli lagi?...makanpun dah tak macam dulu. Dua tiga suap dah kenyang! Pemberian tiga orang anak yang "menjadi" sering ditolak kerana tidak perlu...tetapi kerana diberi juga maka wang itu bertukar tangan kepada yang lebih berhak....Nah! Sekali lagi saya tabek beliau!
Sewaktu saya menunggu rakan dilobi hotel sebaik tugas selesai, si Tukang karut melintasi saya untuk ke keretanya. Saya lihat beliau yang sudah mencecah umur melebehi umur nabi, masih segak berjalan sambil mulut terukir senyuman . Alhamdulillah, nampaknya Allah swt telah memberi ganjaran kepadanya setimpal dengan tenaga ikhlas yang dicurahkannya dahulu.
Saya sentiasa menghormati sesiapa sahaja yang bertugas bukan untuk mencari nama mahupun untuk menjayakan agenda peribadi. Masih ramaikah yang bersifat begini?

3 comments:

Hjh Noralenna Abbas said...

Nampaknya kau dah mula busy! Baru ni aku jumpa Habsah Ismail.

Norbi Husin said...

Tak gak! Insyaalah, 15hb ni I akan bertolak ke Umrah! Maaf ye kalau ada dosa-dosa tu. Kalau kau nak datang nak cium tangan aku datanglah!!!

. said...

Cerita yang menarik Cikgu!!!.. boleh dijadikan contoh dan ikutan!!!