Thursday, February 25, 2010

Ke Saujana Impian Resort

Jam 5.00 pagi tadi saya dan suami sudah meninggalkan rumah bagi memenuhi jemputan Pengetua-pengetua Daerah Ulu Langat. Memandangkan saya sendiri tidak tahu di mana letaknya Saujana Impian Resort itu, jadi eloklah saya bertolak awal agar dapat singgah di Seremban untuk menunaikan solat Subuh. Mujur, Puan Rosni yang berjanji akan menunggu saya di Tol bangi sampai di tempat yang dijanji sejurus saya melepasi Tol Bangi jam 7.30 pagi tadi. Jalan yang sesak mengambil waktu kami, namun kerana bertolak awal segala-galanya dalam kawalan.
Seronok berkongsi pengalaman dengan adik-adik yang kini bergelar Pengetua dan ada juga yang sudah mendapat title Pengetua cemerlang. Saya lihat wajah kesemua mereka ceria dan mereka saya anggap sudahpun tergolong dalam kumpulan yang cemerlang. Jadi kehadiran saya hanya untuk memantapkan lagi mereka tak lebih dari itu. Al maklum saya sendiri, taklah secemerlang manapun...namun bila dijemput kenalahlah memberikan kerjasama gak.
Cuaca yang begitu panas menyebabkan saya bercadang dalam perjalanan pulang kelak saya hendak berehat sekejap di surau tempat persinggahan Seremban. Tetapi mengubah rancangan sebab terkenang jika sampai lewat di rumah, takut tidak sempat menyediakan makan malam keluarga . Jadi selepas menunaikan tanggung jawab dan minum segelas kopi tarik, kami memecut balik. Suami benar-benar nampak keletihan terus merebahkan badan sementara saya terus ke dapur membuat apa yang patut.
Sesekali terfikir juga dalam fikiran ini. Sesibuk manapun atau sepenat manapun sesaorang isteri , namun tanggungjawab asas di dapur harus dijalankan. Lantas dengan rela membiarkan suami berehat sementara saya mula menyinsing lengan baju demi mempastikan makan malam ini tetap menyelerakannya. Ini kelebihan kaum perempuan! yang jarang dapat dilakukan oleh kaum lelaki...Yeah...jangan marah wahai sang lelaki kalau anda membaca luahan hati ini!!!!!!!!!!!! .

7 comments:

Kak Nora said...

B,
Aku pun nak siap-siap makanan untuk si dia nak balik nanti.

norainimy said...

puan hjh..tahun lepas puan hjh sudah datang ke sekolah saya memberi kata nasihat pada kami..keputusan pmr mendapat lonjakan saujana..dan 12 orang dapat straight A's...risau juga dengan keputusan spm yang akan keluar nanti ni..semoga cemerlang juga..terima kasih pada hjh yang telah beri semangat pada kami.

hjh..kalau kami jemput hjh lagi tahun ni boleh??..muar dekat aje kan....nor'aini

Norbi Husin said...

Alhamdulillah, berkat usaha guru-guru ternyata ada perubahan....berdoalah agar keputusan SPM juga menunjukkan peningkatan. Walaubagaimanapun kiranya masih ditakok lama sedangkan guru-guru sudah berusaha, redha dan cuba lagi...insyaalah, jika niat yang baik Allah swt akan membantu...Tak jemuke nak jemput lagi?Salam pada semua!!

nazrulhaiza said...

Salam,,,

Sekolah saya di dalam daerah hulu langat. harap segala taklimat, motivasi dan tunjuk ajar pn.hajah dihayati oleh pentadbir2...alangkah bahagianya kalau segala pengalaman pn. hajah dapat dihayati dan difikir-fikirkan oleh semua pentadbir untuk kecemerlangan sekolah. Bagi saya hubungan antara guru dengan pentadbir semakin hari semakin jauh..

Norbi Husin said...

Hubungan guru dan pentadbir harus sebagai ibu atau ayah dengan anak-anak mereka. Anak yang salah, malas atau engkar arahan orang tua harus ditegur demi kebaikan.Ibu bapa tak boleh menjauhkan diri mereka dengan anak-anak atau ibubapa tak boleh kondem anak-anak kalau mereka melakukan kesilapan.Bimbang anak-anak akan terus merajuk dan tak mahu lagi beri kerjasama dengan orang tua mereka. Kalau ini terjadi siapa yang rugi?
Anak-anak yang rajin dan baik
budi pekertinya harus dikasihi dan diberikan pengiktirafan sewajarnya. Barulah keluarga itu bahagia!!!Betulkan?
Cikgu rasa sedih kalau pentadbir tidak melihat pentingnya dibina hubungan mesra antara mereka dengan guru-guru atau staf yang lain. Rugi besar sekolah tau!
Dan pada pandangan cikgu pengetua yang macam tu tak ramai , sikit sahaja. Mereka ni ego,merasa diri mereka teramatlah hebatnya..... walhal...merekapun dulu guru biasa gak!!!!!!

norainimy said...

pn hjh....alhamdulillah, keputusan keseluruhan spm sekolah saya naik peratus dan GPSnya semakin bagus...walaupun ada subjek elektif yang jatuh teruk, tetapi itu kami sudah tahu sebab musababnya...terima kasih banyak hajah, sebab sudi datang beri nasihat tempoh hari..nor'aini

saya dah sampaikan salam pn hjh kepada rakan-rakan guru, mereka kirim salam semula pada pn hjh..mereka sudi nak dengar lagi dari hjh..tapi sekarang ldp dah style lain pula..he..hee..

Norbi Husin said...

Walaikum salam Noraini,
Tahniah kepada semua warga sekolah atas peningkatan SPM 2009. Yang penting kesedaran dan rasa tanggungjawab yang tinggi telah ada di situ. Cigku sekadar bercakap melalui pengalaman sahaja. Kualiti kerja yang terbena di situ harus terus dipupuk dan meningkat secara berterusan.
Salam sayang daripada cikgu untuk semua rakan guru!!!