Wednesday, May 12, 2010

Sayang....dah terlambat !!!!!

Al kisah terjumpa seorang sahabat. Masih cantik , anggun walaupun udah berusia emas. Saya tarik tangannya ke cafe, kami makan sambil berbual . Seronok berjumpanya tetapi sedikit terkejut mendengar cerita terbarunya. Beliau sudah menjadi ibu tunggal. Kesemua anak-anaknya sudah selamat mendirikan rumah tangga dan udah mempunyai 3 orang cucu. Wah! Dia menang dengan saya.
'Kenapa kau bercerai? Kan kau dulu macam belangkas? Si Amritu kan baik nampaknya?", celupar mulut saya bertanya. Dia tertawa tetapi bibernya kemudian dilebarkan tanda meluat dengan soalan saya agaknya.
'Itu nampak luaran aja...dalaman engkau tak tahu. 40 tahun aku bersabar ...tapi sekarang dah tak boleh tahan lagi. Biarlah dia hidup dengan orang lain. Mungkin dia akan dapat yang terbaik untuknya. Aku senang macam ni" jawabnya ringkas. Saya tidak mahu bertanya lebih-lebih lagi, bimbang akan menggoris hatinya pula.
Dari kaca mata saya, Yon seorang wanita yang hampir sempurna. Beliau mempunyai kerjaya yang baik suatu masa dahulu, pandai mengurus rumah tangga dan anak-anak sehingga kesemua anak-anaknya sudah menjadi manusia hebat. Yon juga pandai dan rajin memasak dan suka mengemas rumahtangga. Saya pernah berkunjung ke rumahnya dan amat senang dengan decorasi rumah tersebut. Semua Yon buat sendiri . Yon juga taat dengan suaminya tetapi sayang si Suami pula tak menghargai.
'Dia pujuk I agar rujuk balik dengannya tapi pintu hati I dah tertutup. Buat apa I rujuk...semua kepercayaan I kepadanya dah diragutnya. Sekarang nak merayu-rayu lagi sedangkan dia dah ada bini lain? Betultak?", Yon meluah rasa sambil minta pandangan saya. Takut saya nak beri pendapat. Maklumlah...ini bukan soal rengan tapi soal berat, soal rumah tangga orang!. Cuma saya katakan kepadanya....'Fikirlah sendiri Yon, ini masalah rumahtangga you,I takut nak campur sebab I tak menyaksikan apa yang sebenarnya berlaku cuma mendengar dari mulut you. Takut tersalah beri pandangan nanti berdosa pula I kat Allah swt". Yon tersengih ,ceria benar wajahnya.
Cerita Yon ini mengingatkan saya kepada beberapa orang sahabat saya yang senasib dengannya. Saya juga teringat Hj Samsul, dan yang lain. Masing-masing ni punya cerita sendiri....ditinggalkan isteri!
Sebagai perempuan saya dapat menyelami perasaan kaum saya. Majoriti kaum perempuan mempunyai kesabaran dan ketaatan yang tinggi terhadap suami. Mereka sanggup berkorban apa sahaja asalkan rumahtangga mereka selamat, suami mereka selamat dan anak-anak mereka selamat. Kadang-kala perangai sisuami macam pelesit , kurang tanggungjawab dan semua beban rumah tangga dipikul dek isteri, tetapi mereka masih tetap bersabar dan menyangi suaminya. Malangnya si suami lak tak tahu atau tak mahu ambil tahu perasaan siisteri. Umor udah senja tetapi hati masih muda. Panas baran dengan isteri tetapi dengan orang lain lembut gigi daripada lidah. Uhah...uhah...tapi bila isteri udah buat keputusan nekad ...baru mereka tersentak beruk! Ketika itu barulah sisuami tersadar dari mimpi yang indah. Tapi apakan daya semuanya dah terlambat ...si isteri sukar dipujuk lagi. Padannnnnnn muka!
Kalau berlaku seperti ini, kita nak salahkan siapa? Takdir? Atau penyakit yang dicari sendiri? Tepuk dada tanya selera.
Saya takut juga nak komen lebih-lebih dalam hal ini. Maklomlah saya juga punya suami dan anak-anak lelaki. Setakat ini okey...tapi esok lusa tak tahui. Minta-minta Allah swt jauhkan !!!!
Saya selalu pesan anak-anak lelaki saya agar jaga isteri dan jaga rumahtangga bila dah berumah tanggakelak. Saya tetap akan menyokong menantu! Wah! buyers nampak!
Yon kemudian ghairah bercerita tentang anak-anak dan menantu serta cucu-cucunya kepada saya. Beliau seolah-olah berada dalam dunia yang cukup indah.
'Bulan depan kami semua nak ke Mekah tahu. Si kenit tupun aku bawak. Alongnya yang sponser!"
Wuh! Hebat Yon! Tahniah dan Syukor kepada yang Esa!!!!!!!!!!!!!

4 comments:

awangsulungmerahmenyala said...

salam cikgu,
kenapa cikgu kurang aktif dan produktif dalam dunia blog?
saya suka dengan buku cikgu gula melaka asam pedas dan gurukah aku atau...

selamat hari guru.

greatdaddy.blog.ekawan.com

Hjh Noralenna Abbas said...

Selamat Hari Guru, B...

Norbi Husin said...

Banyak tugas yang lain Awang oiiiii, blog ni cikgu suka-suka aja untuk lepas tension...terima kasih sebab sudi baca buku-buku cikgu. Brontok dah baca?

Norbi Husin said...

Aku juga ucapkan Selamat Hari Guru pada kau dan kepada semua anak-anak dan adik-adik kita yang bergelar guru di luar sana tu! Kita doakan mereka semua gembira dan ikhlas dengan tugas mereka.