Terasa letih benar malam ini. Jam 6.00 pagi sudah keluar rumah kerana mahu memenuhi jemputan SMKBU di Bukit Tinggi. OP! Bukan BT di seberang sana tapi di jalan Kelang. Hajat hati mahu sampai di sana sebelum jam 10.00 tapi sesat -barat lantaran banyak jalan lama yang biasa dilalui suami sudah ditutup. Apa lagi ...bila naik flyover...hilang puncalah jawabnya. Beberapa kali berhenti meminta bantuan si juru tunjuk, mereka membantu tapi kami masih terus hilang punca! Lantas tersadai di bulatan keris mencari akal.Kalau tak jumpa SMKBU saya bercadang pulang aje. Pulang lebih baik daripada datang terlalu lewat, fikir saya. Akhirnya terfikir menghubungi si Salmah! Alhamdulilah, dalam masa tak sampai 8 minit, beliau datang menyusul. Rupa-rupanya SMKBU tak sampai 3 km daripada situ. Syukur...kami tiba tepat masanya. Jadi mood untuk bercakap tidak hilang.
Nampaknya Kelang hari ini bukan Bandar Kelang beberapa tahun lalu. Pantas benar berubah wajah sepantas umur saya yang terus berlalu!
Saya gembira bersama warga SMKBU. Setiap wajah kelihatan terpancar keikhlasan dan keseronokan bekerja di situ. Apa tidaknya, mereka mendapat seorang pemimpin yang masih cantik, hebat, banyak idea , tegas tetapi lembut.Seronok bekerja dalam satu pasukan yang mantap seperti itu.
Entah kenapa bila sampai di rumah lebih kurang jam 5 petang, terasa amat letih. Mujur, anak bongsu sudah membersihkan rumah dan membuat apa yang patut. Hati terubat dan rasa penat hilang. Malam, terpaksa belanja mereka makan .
Sesekali makan bersama keluarga di luar terasa seronok . Tetapi kalau terlalu selalu makan di luar terasa tidak seronok pula !
4 comments:
Salam Bi,
Bila kau nak belanja aku makan luar?
Salam Puan,
T.kasih, tahniah dan syabas atas penyampaian Puan yang sangat mantap. 2 jam yang sangat bermakna.....banyak ilmu yang kami perolehi. Puan memang seorang guru dan pemimpin yang hebat.
Hailah Nora, kalau setakat nak makan di luar tu bila-bilapun boleh, kalau makan kat warungpun boleh...phone ajelah, tapi kan baik aku masak engkau makan? Sedap tak sedap telah ajelah!
Sal, janganlah puji-puji sangat , malu lak cikgu. Apapun Sal juga ada lah seorang s/u LDAP yang hebat, dan masa untuk bertugas masih lama. Jadi peluang untuk menjadi lebih hebat terbuka luas! Ok?
Post a Comment