Monday, August 9, 2010

Hot!

Ketika saya menyampaikan slot-slot ceramah sama ada anjuran Yayasan mahupun atas jemputan institusi pendidikan, ramai yang bertanya saya...apa yang saya minat? Sebab ramai yang membaca buku-buku saya mendapati saya ni buat kerja macam-macam...Geli gak hati bila dengar pertanyaan tu. Namanya manusiakan? Tentulah macam-macam yang mahu dicuba walaupun sudah menjadi warga emas!
Sebenarnya , saya ni memang minat macam-macam. Cuma masa bertugas dulu tak berkesempatan melakukannya sebab tidak mahu hilang fokus. Saya tidak mahu membuat sesuatu kerana minat sedangkan tumpuan saya kepada tugas tak dapat diberikan 100%.Maklumlah...kita ni bukan superwomen. Boleh buat macam-macam tugas dalam satu masa!Kalau tumpuan kepada tugas 'lari'....takut pendapatan yang diterima setiap bulan tu tidak berkat!
Jadi lepas bersara ni , peluang untuk melakukan aktiviti yang saya suka tak ada halangan lagi.
Hari Jumaat lepas , saya diarah ke Sri Malaysia, di Kedah kerana menjayakan bengkel PTK anjuran Yayasan. Nak ditolak arahan tu kasihan pula kat Hj.Arof. Mahu tak mahu bersiap sedialah untuk pergi. Tapi pagi Khamis saya mendapat telefon dari Mrs Kuzai, minta saya membuatkannya Almond London. Nak promote katanya. Alahai Mrs Kuzai...kenapa baru cakap sekarang? Mana sempat nak buat sedangkan saya sedang bersiap untuk terbang ke Kedah esoknya. Tapi tak mahu hampakan permintaannya...lagipun membuat kuih-kuih raya ni memang menjadi kegemaran saya sejak dulu.Lantas tanpa membuang masa , minta si bongsu hantar ke Kee Ann road untuk mencari bahan-bahan yang diperlukan. Sampai di rumah , cepat-cepat memasak dan terus buat A/L dan S/C. Alhamdulillah selesai, terus hantar ke rumah Mrs Kuzai selepas solat magrib.
Sebaik pulang dari Kedah , belum hilang penat dah terpaksa menggoreng Almond kerana ada beberapa orang yang minta saya buatkan untuk mereka pula.Wah! mula ada hati nak berniaga kuih raya tahun ni!Memang saya minat tapi...bolehkah saya memenohi permintaan rakan-rakan ni ? Si bongsu kata....saya boleh terima tempahan dengan syarat tidak meleterkan mereka kerana tidak membantu mengemas rumah.
Malam ini saya terasa betul juga kata sibongsu ni. Saya tak dapat melakukan kesemua yang saya minat....hasilnya cepat hot bila lihat tak sapa membantu menyapu /mencuci/menyiram pokok / memasak dll. Aduh....itupun ada hati nak buat bisnes raya ni!

2 comments:

Hjh Noralenna Abbas said...

Bi,
Karipap kecik buat tak? Nanti aku nak rasalah AL kau tu. Selamat menjalani ibadah puasa 1431H Bi. Plan kita tak tercapai-capai lagi!!

Norbi Husin said...

Salam Nora, tulah kau, aku ajak ke rumah kak Wee kau susah sangat. Amacam rumah di Bukit Cina tu dah siap belum? Nanti aku datang periksa ok?
Apa pun aku ucapkan Selamat Berpuasa semoga tahun ini kita dapat melipatgandakan ibadah kita dan hendaknya Allah swt memberkatinya!