Terkejut saya mendengar insiden yang berlaku di Pasar Ramadhan Jasin. Sedang orang ramai mencari-cati juadah untuk berbuka puasa, tiba-tiba puting beliung melanda kawasan tersebut menyebabkan suasana di situ menjadi kelam-kabut, banyak khemah yang rsak dan paling menyedihkan dua orang menjadi korban, ditimpa khemah, sementara berbelas orang pula cedera. Segala kuih muih dan makanan yang dijual turut melayang ditiup sang angin.
Teringat saya beberapa tahun yang lalu, kejadian serupa juga berlaku di situ tetapi ketika itu pesta bola sepak diadakan. Khemah tetamu diterbalikkan angin dan tidak cukup setakat itu sahaja, angin tersebut terus bermaharaja lela, menerbangkan beberapa keping atap dan syiling asrama kami. Aduh ....nampakya tempat itu memang tidak selamat terutama jika cuaca buruk!
Di sebalik insiden yang berlaku itu, mungkin ada yang tersirat yang hendak disampaikan kepada kita !Marilah kita sama-sama-sama merenungkannya .Namun kita masih bersyukur kerana negeri kta khasnya masih belum berhadapan dengan malapetaka yang lebih buruk seperti Tsunami.., gempa bumi dan sebagainya.
Melalui vedio yang dikirimkan, saya mencari-cari kok kalau ada orang-orang saya kenal di situ...maklumlah tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat bertugas bertahun-tahun. Nampaknya tak ada sorangpun yang saya kenal di situ.
Kepada keluarga mangsa, diharap banyakkan bersabar, redha dengan ujian tersebut. ALLAH SWT TIDAK ZALIM, APA YANG BERLAKU SEMUA DI DALAM PERHITUNGAN NYA!
1 comment:
bibik,
sebenarnya ada 3 org yg terkorban (2org peniaga, seorg pengunjung..Intan pun ada tengok videonya di Youtube..masyaAllah..dahsyat..khemah diterbangkan sprt kertas sahaja.. "Setiap musibah yang melanda di bumi dan pada diri kamu sendiri, semuanya telah tertulis di dalam kitab Luh Mahfoz sebelum kami mewujudkannya. Sungguh, yang demikian itu mudah bagi Allah"
Post a Comment