Friday, August 20, 2010

Bongkok

Semalam, sebaik selesai berbuka puasa , Ida datang ke rumah membawa dua bungkus kuih. Katanya kuih tu namanya Kuih bonhkok. Kuih orang tua dulu-dulu, beliau mau saya merasanya. Tapi sebelum makan saya harus membongkokkan badan dahulu. Tanpa membuang masa , saya memberi suami sebungkus dan saya makan sebungkus sambil membongkokkan badan. Ida tertawa. Memang sedap kuih orang dulu-dulu ni.
Petang tadi sebatang pokok pisang di tepi rumah hampir tumbang ditiup angin. Daun-daun pisang tersebut ada yang patah di pagar rumah. Apa lagi saya pun menetaknya dua pelepah, mau menafaatkan daunnya. Pasti saya akan membuat kuih bongkok !
Nampaknya jam tiga petang tadi selesailah kuih bongkok dibuat. Dan seisi rumah sudah boleh makan kuih tersebut berbuka tadi. Jadi tu jadi tetapi saya masih tidak bijak cara membungkusnya, menyebabkan dadeh yang dituang sebelum dikukus ada yang mengalir keluar. Apapun kuih bongkok saya laris nampaknya!
Cara Membuat kuih bongkok;

1 cawan tepung beras
3 sudu besar tepung jagung( ini saya tambah sendiri)
3 helai daun pandan, dibersihkan dan disimpul.
4 cawan santan
1/2 cawan dadeh ( santan )
1 buku gula melaka - di racek)
sedikit garam
daun pisang di potong, dan dilayur agar senang membungkusnya.
Beberapa batang lidi buat penyepit.

Caranya.

Santan , garam dicampurkan dengan tepung, kacau hingga rata.Masukkan daun pandan, Kemudian jerang di atas api perlahan. Kacau sehingga tepung pekat dan berkilat.
Masukkan sesenduk kecil tepung yang telah dimask tadi di dalam daun pisang, masukkan gula Melaka dan diikuti tepung lagi .
Sebelum bungkusan disepit dengan lidi, masukkan 3 sudu dadeh.
Setelah semua dibungkus, kukuslah kuih tadi 15 minit.
setelah masak, sejukkan . Untuk lebih sedap dimakan simpan dahulu di dalam peti sejuk.
Kuih dulu-dulu ni belanjanya murah tetapi rasanya memang enak!

4 comments:

kakpah said...

salam. Terbongkok2 datang sini dari rumah hajah nora.
selamat berpuasa.

Kak Nora said...

Bi,
Mana gambar kuih bongkok awak? Aku suka juga kuih ini.

Norbi Husin said...

Selamat berpuasa Pah! Janganlah terbongkok-bongkok gi rumah Nora tu. Lainlah aku , bongkok sebab makan kuih bongkok!
Aku tak ambil gambarlah Nora, lagipun aku tak pandai bungkus...aku buat macam bungkus kuih abok2...he! he!

Kak Nora said...

B,
Okey, jadi namanya kuih bongkok abok2. Boleh?