Masuk ke hari ini sudah dua hari umat Islam menyambut dan meraekan Hari Raya Aidilfitri. Nampaknya cuaca sepanjang hari semalam dan hari ini amat baik sehingga membolehkan uamat Islam meraekannya dengan penuh selesa terutama anak-anak. Mereka bebas berbasikal mengunjungi rumah saudara mara, serta rakan-rakan mereka. Di jalan raya kelihatan mereka yang berjalan kaki mengunjungi rumah sanak saudara dengan memperagakan pakaian yang berwarna warni. Amat ceria nampaknya. Dan saya seperti tahun-tahun sebelum arwah mak meninggal dunia, memang tidak pernah dapat merasa seperti itu kerana tak sampai hati hendak meninggalkan Mak sendirian melayan tetamu tanpa pembantu.Maka kerana itu ketika mereka hidup jadilah saya penunggu dapur yang setia agar Mak bebas berbual dengan tetamu-tetamunya sementara saya menyediakan juadah mereka.!
Kini Mak sudah meninggalkan saya genap 2 tahun 6 hari. Maknanya sudah dua kali saya merayakan Hari Raya tanpa beliau di sisi. Saya sangkakan bila beliau sudah tidak ada nanti, tentulah saya dapat bergerak bebas di hari Raya menziarahi rakan taulan dan saudara mara kerana sudah tidak ada yang perlu dibimbangkan di rumah- Rupa-rupanya sangkaan saya meleset sama sekali. Saya tetap seperti dulu . Berat mahu melangkahkan kaki keluar rumah kecuali keluar kerana menunaikan Solat Aidil Fitri. Kata orang alah bisa tegal biasa. Dan...ia bukanlah sesuatu yang membosankan saya.
Amat menyeronokkan....walaupun kedua orang tua saya sudah pergi meninggalkan saya...dan kini saya hanya tinggal bersama suami dan anak - anak sahaja, namun nampaknya....rumah saya masih dikunjungi tetamu seperti dulu. Saudara-mara walaupun ada di antara mereka lebih tua daripada saya...namun mereka masih mengunjungi rumah kami.Ini belum dikira dengan kehadiran bekas-bekas pelajar, anak-nak buah dan cucu-cucu saudara. Mujurlah anak-anak bujang saya serta menantu sudi membantu dan nampaknya mereka pula yang tak menang tangan di dapur. Kesimpulannya, kalau dulu mereka datang ke rumah saya kerana menziarahi kedua orang tua saya yang tinggal bersama saya tetapi kali ini mereka datang ke rumah saya kerana menziarahi saya yang tak keluar rumah di Harai Raya. Hi! Hi! seronok juga dengan percaturan Allah swt ini!
Saya sentiasa berdoa agar roh kedua ibu bapa saya di tempatkan di tempat yang terpilih. Aminnnnnnn!
1 comment:
InsyaAllah..moga2 Allah melindungi kita sekeluarga dan termasuk dlm golongan yg dikehendaki. =)
Post a Comment