Sunday, October 3, 2010

Rumah Terbuka Nat!

Petang ini walaupun saya terasa terlalu letih tapi saya gagahi juga pergi ke rumah terbuka Nat! Sebabnya, Nat bukan sahaja bekas pelajar saya malah beliau sudah beberapa kali menalipon saya agar dapat datang ke rumah terbukanya yang diadakan mulai jam 3.00 petang. Tak cukup dengan menalipon, Nat juga menghantar pesanan ringkas mengingatkan agar saya tidak terlepas pandang jemputannya itu. Dalam sms Nat itu beliau menguatkan lagi jemputannya dengan mengatakan berpuluh orang bekas pelajar saya semasa di SMKASR menunggu saya nanti di rumahnya.
Saya sampai di rumah Nat lebih kurang jam 3.30 petang itupun sesudah termasuk beberapa taman lain. Satu kelemahan saya ialah sukar benar mengecam jalan untuk pergi ke sesuatu tempat walaupun sebelum ini sudah pergi ke situ. Ternampak saya Nat sudah datang menyongsong dan membawa saya masuk ke ruang tamu rumahnya. Apa lagi...terpekik terlolonglah bebudak tu apabila ternampak saya. Saya yang sudah berusia emas ini terlupa pula diri sendiri lalu menjadi seperti mereka juga. Kami puas berpelukan melepas rindu .
Terasa diri amat bangga apabila mendengar cerita bebudak ni. Masing-masing bukan sahaja sudah beranak penak, malah ramai yang telah berjaya memegang jawatan tinggi dan tentunya juga bergaji besar. Mereka semua mengimbau kenangan semasa belajar di SMKASR dahulu dan tentulah perbualan mereka banyak berkisar tentang perangai mereka dan guru-guru yang mengajar mereka dahulu....termasuklah saya juga. Tak kering gusi kami tertawa terutama apabila mereka menggayakan cara saya mengajar mereka dahulu. Seronok benar saya melihat telatah bekas-bekas pelajar saya ni. Mereka sentiasa usik -mengusik sesama mereka dan kemudian tertawa berderai.mesra dan amat ceria nampaknya. Kami puas bergaya di depan kemera. Tentulah yang paling hebat gayanya petang tu ialah Nat sendiri! ...Wou...Nat! Aura you memang dahsyat you!!!!!!!
Ketika hendak pulang, Nat menghantar saya hingga ke kereta. Beliau membisikkan kepada saya tentang pendapatannya sebulan! Auu! 5 angka!Hebat Nat! Cikgu doakan kamu dan semua rakan-rakan kamu yang lain terus berjaya dalam kerjaya dan dalam hidup. Setinggi manapun kamu berada, jangan lupa akar dan umbi kamu serta sentiasa sujud kepada yang maha pemberi!!!!!!!!!!!!!Cikgu tumpang gembira melihat kejayaan kamu semua!

No comments: