Monday, October 4, 2010

Bukan semua orang sanggup..................?

Lebih kurang jam 5.30 petang tadi saya dan Linda berkesempatan ke RTB di Bemban. Memandangkan saya tidak tahu mencari tempat tersebut, Linda menemani saya kerana beliau dan suaminya sudah terlebih dahulu diminta melihat tempat tersebut dan menyaksikannya sendiri agar mudahlah saya membuat perhitungan. Kami sampai lebih kurang jam 6 .00petang. Puan A dan suaminya menyambut kami dengan ramah sekali.
Saya kagum dengan ketabahan Puan A dan keluarganya menabur bakti dengan tulus ikhlas. Walaupun dirinya sendiri dalam keadaan uzur akibat mengidap penyakit kencing manis, namun beliau masih sanggup memberi kasih sayang kepada anak-anak yang menumpang kasih dengannya.
Anak-anak yang ada di RTB dalam lengkongan paling muda 7 tahun dan yang paling tua 17 tahun diurus dengan sempurna. Kebersihan rumah tersebut juga dijaga dan saya rasa jika pihak pegawai kesihatan datang untuk memberi markah, mungkin kebersihan di rumah tersebut boleh dimasukkan dalam kumpulan A. Shabas!
Kami berbual mesra dan ternyata Puan A ini petah bercerita. Tak sangka rupa-rupanya beliau dahulu bersekolah di sekolah yang sama dengan saya tetapi beliau menamatkan pengajiannya hingga di tingkatan 3. Walaupun ilmu tak setinggi mana namun pengetahuan amnya luas lantaran itu Puan A boleh berbual berbagai tajuk.
Kata Puan A , dia tidak sanggup meninggalkan anak-anak tersebut kerana ada diantaranya telah dipelihara sejak berusia 2 bulan. Jadi rasa sayang kepada mereka tidak boleh dipertikaikan. Anak-anak itu dijaga dan dibelai bagai anak-anak sendiri.
Mulia benar hati Puan A dan keluarganya. Sanggup mengorbankan diri dan wang semata-mata hendak membantu anak-anak yang tidak bernasib baik ini. Walaupun keluarganya sendiri hidup dengan pencen posmen suaminya namun mereka tetap bahagia bersama puluhan anak-anak tersebut! Saya sendiri belum tentu dapat melakukan seperti apa yang dilakukan...
Semoga A/L dan C/C saya terus dapat permintaan agar saya dapat lagi menziarahinya dengan buah tangan yang diperlukan!.......!

2 comments:

Hjh Noralenna Abbas said...

B,
Yang dimaksusdan Pn Azizah Karim ke?

Norbi Husin said...

Bukan Karim.............tapi Kasimmmmmmm...dekat-dekatlah tu! Bila nak Mai rumah aku? Eh! Hari Sabtu ni aku free pagi...datanglah kalau kau free! Kita sembang -sembang! Amacam? Setuju tak?