Saturday, May 16, 2009

Selamat Hari Guru

Sejak semalam dan sepanjang petang tadi saya banyak menerima sms dari bekas-bekas kakitangan dan guru-guru serata negeri yang mengenali saya. Malangnya sms mereka itu baru saya balas malam ini kerana sepanjang semalam dan sehingga hari ini saya terlalu sibuk menyampaikan ceramah dibeberapa buah sekolah di Kelang dan Shah Alam. Letih memang terasa letih tetapi apabila mereka menjemput saya di Intekma jam 10.30 pagi tadi sebaik selesai tugas di situ, saya terpaksa mengikut mereka. Tak mahu hampakan harapan mereka. Suami pula terpaksa saya tinggalkan di Intekma kerana ada urusan di sana yang belum beres. Baik benar hati guru-guru di SMKTDH ni. Sanggup menunggu suami untuk di bawa ke Taman Dato Harun pula.
Magrib, saya menalipon Kho kerana mahu beliau menghantar buku-buku untuk di bawa ke Teratai , Bangi minggu depan. Kebetulan beliau masih di Terengganu, membuat pameran sempena Sambutan Hari Guru yang dibuat di sana. Wah! Pasti ramai guru di sana sedang seronok meraekan hari mereka. Macam ketika saya berkhiudmat dahulu. Terkenang saat itu terasa macam semalam berlaku.
Ketika berhenti di Plaza Tol Seremban jam 4.00 petang, terserempak pula dengan si Kassim. Katanya ke Kelang mengambil barang untuk persiapan Sambutan Hari Guru di sekolahnya Isnin ini. Wah! Apa lagilah yang hendak dipersembahkannya tahun ini ye? Kau tahu tak Kassim, Aci-aci Buka Pintu masih saya lihat sekali sekala bila rindu menggamit?.
Apa pun saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru yang mengenali saya.

1 comment:

Hjh Noralenna Abbas said...

Bi,
Tak terlewat ye aku ucap Selamat Hari Guru kepada kau. Aku sungguh gembira dapat jumpa kau, sekurang-kurangnya aku ada gang di melaka ini. Kita mesti cari kawan-kawan lama kita yang lain ok. itupun bila kau free.