Monday, February 22, 2010

Musibah Yang Membawa Rahmat

Ramai orang menganggap musibah yang diterimanya sebagai satu malapetaka dan menganggap diri mereka amat malang. Lantaran itu bersedihlah dia sepanjang hari atau berhari-hari sehingga makan tak kenyang , tidur tak lena , mandi tak basah. Yang putus tunang akan merasa musibah telah menimpa diri hingga nak keluar rumah terasa malu, takut melihat muka saudara-mara. Jika keadaan ini berterusan maka , penyakit murung akan menguasai diri mereka. Ada pula yang merasa amat kecewa apabila gagal dalam peperiksaan atau gagal mendapatkan pekerjaan walaupun sudah beratus temuduga yang dihadiri.Mereka menganggap itu musibah yang menimpanya lalu terus mencari-cari sebab mengapa musibah itu berlaku. Ketika mencari-cari sebab mengapa musibah itu berlaku, jarang yang membuat muhasabah diri tetapi sebaliknya melepaskan kesalahan itu kepada orang ketiga. Contohnya, jika guru-guru kita gagal dalam PTK, maka yang dipersalahkan ialah orang yang membuat soalan itu . Contohnya sipembuat soalan itu bodoh! tak berhati perut, soalan tidak relevan atau sebagainya. Jika rumahnya dimasuki pencuri, maka yang dipersalahkan ialah, sipencuri itu. Contohnya, kenapa si pencuri itu masuk ke rumahnya, kenapa pencuri itu mencuri barang-barang kemasnya, atau peti T.V nya yang baru dibeli atau sebagainya. Walhal, memanglah kerja pencuri....mencuri barang...apa sahaja yang dilihatnya akan dikebasnya. Kalau tak, tidaklah dia bernama'pencuri?"
Al-kisah, baru-baru ini berlakulah satu musibah kepada salah seorang anak bujang saya. Keretanya yang diparking di Mydenn MITC dipecah, maka banyaklah harta pusakanya dicuri atau dikebas. Dalam keadaan tension, mengadulah sibujang ini kepada saya dalam keadaan separuh tension. Maklumlah...ribuan duit telah dibelanjakan hanya untuk membeli alatan yang dusukainya, tiba2 sipencuri propfesional ini dapat memilikinya tanpa sebarang usaha titik peluh.Tak patut......
Memang!!!!!Bila mendengar aduannya, saya juga sedikit sebanyak tersentuh hati. Kasihan kepada sibujang sorang ni. Tapi ...selepas solat dan menenangkan fikiran , saya menalifonnya. Agak lama juga saya bercakap dengannya dan ternyata beliau semakin tenang.Saya amat bersyukur kepada Allah swt atas pertolonga Nya itu.

Bagi saya, segala musibah yang kita terima, haruslah diterima dengan tenang.

1. Mereka yang ditimpa musibah harus membuat muhasabah diri. Mengapa musibah itu berlaku ke atasnya. Adakah kerana dia cuai, tidak berhati-hati atau terus menyerahkah kepada nasib tanpa berusaha menjaga keselamatan. Jika selepas membuat muhasabah diri, ternyata diri juga bersalah kerana cuai, atau sudah tahu hari ini ramai pencuri profesinol dapat mengesan barang-barang berharga di dalam kereka yang ditinggalkan di tempat parking dan ini memudahkan sipencuri menjalan kerja kotornya tetapi kita masih menanggap itu" berita dalam surat khabar aja" , kita tidak peka kepada hal-hal seperti ini...nah siapa yang hendak disalahkan? Ini suatu pengalaman yang amat berharga kepada kita agar lain kali kita tidak mengulangi kecuaian itu lagi.
2. Ada manusia belajar selepas menerima nasihat demi nasihat. Ada orang belajar melalui pembacaan tetapi ramai juga yang belajar melalui pengalaman. Suatu masa dulu, saya pernah kemalangan kerana memandu kereta melebehi had laju di kawasan selekoh, sehingga kereta saya melambung di kawasan kebun getah, jalan menuju ke Jasin. Nah! kerana pengalaman ngeri itu sejak itu saya sering memandu di bawah 100km sejam,tidak lagi memecut hingga mencecah 140 sejam tidak kira selekoh atau tidak!. Saya bersyukur kepada Allah di atas musibah yang diberinya kepada saya.
3. Sekiranya setelah kita berusaha menjauhkan musibah, tetapi , musibah tetap datang...nah kembalikan kepada Allah swt .Dia yang maha tahu dan maha adil dan Dia amat bersifat penyayang dan mengasihani pasti tahu apa hikmat yang akan diberikannya kepada kita sekiranya kita reda dengan ujiannya itu. Bagi saya kehilangan ribuan ringgit tidaklah sebesar mana dibandingkan dengan keselamatan diri, rahmat dan nekmat yang telah dan insyaalah akan terus diberikannya kepada kita ! .Yang jelas hari ini kita dikurniakan kesihatan yang cukup baik, kedudukan kewangan yang selesa, keluarga yang bahagia, itu lebih bermakna daripada yang lain. Lantas Redhalah dengan apa yang berlaku.
4. Melalui musibah, manusia akan mendekatkan diri dengan Allah swt. Ramai orang yang hidup mewah, dapat apa sahaja yang dihajatkan, selesa dengan kehidupannya akan lupa kepada yang memberi nekmat! Solat terabai dan segala yang dituntut kita melakukannya sudah tidak menjadi penting kepadanya. Pendek kata lalailah mereka dengan keseronokan dan kemewahan dunia. Lantaran itu musibah ditimpakan agar dia kembali mendekatkan diri kepada Nya. Dalam erti yang mudah ....Musibah adalah suatu peringatan dari Allah kepada makhloknya yang disayangi agar tidak melupakan Nya!~

5. Sebaiknya, doakanlah sipencuri itu agar diampunkan dosanya, diberikan petunjuk kepadanya agar mereka dapat mengikut jalan yang lurus dan segera meninggalkan pekerjaan terkutuk itu. Insyaalah , doa yang ikhlas yang datang dari hati yang ikhlas insyaalah akan diperkenankan bukan sahaja kepada mereka yang didoakan malah kepada diri yang berdoa.

Semoga kita sama-sama mendapat rahmat Allah swt. Amin.

3 comments:

Hjh Noralenna Abbas said...

B,
Terima kasih atas pesanan. Positive thinking!

Norbi Husin said...

Amacam rasa mee hoon tu? Okey ke dak? Ada peminat dari selangor cuba semua jenis masakan Asam pedas aku. Katanya menjilat jari. Entah-entah dia tu tak tahu masak tak? ....apa pun aku dah jumpa peminat tu. Sanggup datang hanya nak rasa Gerang Asam aku....he! he tak sangka...pandai gak aku masak ye?

INTAN HERLINA JASMI...mAMa MiNe said...

Sabda Nabi saw;
"Sesungguhnya sabar itu diperlukan ketika permulaan ditimpa musibah"

"Dan bersabarlah kamu terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya ia merupakan perkara yg memerlukan keazaman yg kuat" (surah Luqman 31: 17)