Sunday, February 7, 2010

Untung.....

Tak rugi ikut cakap abah dulu ...Abah yang mahu saya menjadi guru. Sayapun memang minat nak jadi guru setelah seronok belajar dengan beberapa orang guru semasa di sekolah dulu. Hari ini kebanyakan daripada mereka sudah meninggalkan saya, pergi buat selama-lamanya.Mujur dua tahun lepas saya sempat menziarahi salah seorang daripada mereka. Uzur benar cikgu saya itu ketika itu...maklumlah sudah lebih 80 tahun umurnya. Saya bangga berjumpanya kerana dalam usia begitu beliau masih ingat saya dan boleh mengingatkan saya kembali beberapa peristewa lucu yang berlaku antara saya dengannya. Maklumlah...ketika itu saya agak nakal dan bila dilantik jadi ketua kelas...garang pulak tu!!!!
Kami berbual lama. Mujur sebelum meninggalkannya sempat saya menghulurkan sesuatu kepadanya tanda terima kasih saya kepadanya. Walaupun sekarang beliau sudah tidak ada lagi namun saya tetap mengingatinya. Semoga beliau menghalalkan semua ilmu yang telah disampaikannya kepada saya dan semoga Allah SWT menempatkan rohnya di kalangan orang-orang yang terpilih!.
Hari ini saya terasa amat bertuah kerana Allah swt memilih saya menjadi guru. Saya tidak pernah sunyi walaupun sudah lama bersara. Kalau saya ke pasaraya....ada-ada sahaja yang menolak troli saya ...walaupun saya udah terlupakannya. Kalau saya ke pasar...ada-ada sahaja yang mengingatkan saya agar berhati-hati memijak lantai yang licin tu takut cikgunya ini terjatuh. Alahai...bila dipanggil,"Cikgu ...hati-hati...nanti jatuh?", terasa sebak gak dada ni. Kalau pula pergi ke bank, ada-ada sahaja pegawai di situ yang menyampaikan salam anak mereka kepada saya....dan yang paling best.........kalau sampai hari raya,,,waduh dapat pula ampau atau ada-ada saja buah tangan yang dibawa oleh budak-budak tu untuk cikgunya ini. Alahai...bukan ampau atau buah tangan yang ditunggu tapi ingatan tu yang paling mahal....
Saya sentiasa berdoa semoga semua anak-anak saya itu selamat sejahtera sepanjang hayat!!!!!!!!!!

2 comments:

Hjh Noralenna Abbas said...

Salam B,
Anak-anak guru pun selalunya berjaya.

Norbi Husin said...

Walaikum salam, benar apa yang you katakan itu...tak pelikkan? Bukankah Allah SWT tu sentiasa melihat apa yang kita lakukan? Sebab itu aku harap semua guru kita dapat menjalankan tugas mereka dengan penuh ikhlas dan bertanggungjawab!!!!!!!!