Monday, February 8, 2010

Sebaik selesai menghadiri seminar di PERZIM tengahari tadi saya dan Mi terus meronda ke TESCO. Cadangtu nak jalan-jalan sambil mencari baju cucu kalau -kalau ada yang berkenan. Mi pun macam tu. Maklumlah dapat cucu kembar tentu seronok nak memperagakan mereka dengan pakaian baru apabila mereka pulang ke rumah sempena cuti tahun baru Cina ni. Cari punya cari, saya dapatlah sepasang...tapi Mi dapat beli cake dan donat aja sebab pakaian untuk hero-hero tu nampaknya tak ada yang sesuai.
Semasa nak melangkah pulang kami bertembung dengan bekas Pengarah kami, Datuk Zainal . Nampak masih segar cuma kakinya sahaja agat terdencut-dencut berjalan. Kami berbual panjang. Seronok. Masing-masing menceritakan aktiviti masing-masing. Macam kawan pula masa tu.
Memang benar, kalau kita dah bersara ni elok gak kita buat aktiviti-aktiviti yang kita suka. Minda dan fizikal harus selalu digunakan agar diri tak terasa sunyi dan lesu.
Syukur...Allah SWT terus memberi nekmat dan rahmatnya kepada saya dan rakan-rakan saya.Kata Datuk...untuk menjaga kesihatan kita 4 perkara harus dilakukan:

1. Berdoa
2. Membaca Alquran
3. Solat
4. Muhasabah diri
Sebelum berpisah , katanya kita semua harus sentiasa bersyukur di atas setiap anugerah yang diberi Nya.
Didoakan agar Datuk terus sihat dan ceria selalu!!!!!!!!

8 comments:

Hjh Noralenna Abbas said...

Salam Bi,
Aku pun ke Tesco pagi tadi, ronda-ronda, walkabout tapi bukan cari baju cucu, ke farmasi beli supplement.

Norbi Husin said...

Nora , apa kata join aku buat H/Goat-makan ikut sunah nabi sambil menjana duit kecil. Nak tahu tentang H/gOAT BUKA WWW.LABU 2008.COM. bACA DAN HUBUNGI AKU YE! iNI SUPPLEMEN FIRST CLASS dah!!!!!!!!!!!!

tunbegia said...

salam ziarah cikgu, blog yang menarik,

salamm,

Norbi Husin said...

Alahai Tun, kalau dah umur 99 tahun tu, janganlah lagi suka kereta-kereta , takut terlanggar lak tiang elektrik,janganlagi suka bunga-bunga kerana takut ingatan melayang pada awek lama,...dan yang paling penting jangan suka duduk sendiri mengasing diri , bimbang bercakap seorang d1ri lak!!!!!

Hjh Noralenna Abbas said...

Bi, aku dah baca tapi aku tak minat. Lagi pun aku tak gemar susu tepung. Bentuk capsule bolehlah. Anyway, TQVM

Norbi Husin said...

Tak minat tak apa, tak dosapun...he!he! kalau duduk rumah sorang2 tu, datanglah rumah aku lepak-lepak...kita jalan...enjoykan diri. Amacam? setuju?

Hjh Noralenna Abbas said...

B, Setuju benau2 tapi aku free weekend je. Hari lain aku ada duty.

Norbi Husin said...

eh! Bunyi tu macam kena cuci tandas aja?