Ramai manusia di dunia ini amat teringin hendak menjadi pemimpin. Kalau mereka menceburkan diri dalam politik, mereka ingin cepat-cepat menjadi ketua walaupun usianya dalam politik baru setahun jagung. Lantaran itu, mereka akan membuat apa sahaja demi mencapai cita-cita tersebut. Ada yang sanggup menghalalkan yang haram atau mengharamkan yang halal. Tipu muslihat, pancung memancung sudah menjadi lumrah kepadanya walaupun dibibirnya tidak lekang dengan hadis-hadis bagi menggambarkan kejujurannya. Bukan apa...ini semua mahu mencari pengaruh atau penyokong atau mahu meyakinkan orang ramai bahawa dialah hero yang akan membela nasib rakyat.
Kalau mereka menceburkan diri dalam apa sahaja bidang kerjaya pula, perkara yang sama turut berlaku. Mereka cepat mahu menjadi ketua walaupun pengetahuan terhadap tugas entah apa-apa. Lantaran terlalu ghairah mahu cepat naik menjadi ketua dalam organisasi tersebut, mereka sanggup mengamalkan budaya ampu sana ampu sini, menjadi orang suruhan atau entah apa-apa lagi.
Bercita-cita ingin menjadi ketua atau pemimpin ni memanglah baik. Maknanya sesaorang itu bercita-cita tinggi dan ini akan memacunya untuk terus gigih bekerja demi mencapai matlamat.
Tetapi yang silapnya, orang yang teringin sangat menjadi pemimpin ni kebanyakannya terdiri daripada mereka yang pandai bercakap sahaja tetapi buatnya tidak. Kata orang cakap tak serupa bikin. Daripada segi tugas...hampak!. Pengalaman dan pengetahuan tentang kerja belum mantap , budaya kerja minda kelas pertama tidak menjadi amalan, tapi dah nak jadi pemimpin. Ini yang boleh melingkupkan sesuatu organisasi.
Nampaknya, tugas guru-guru kita menanamkan nilai-nilai murni di kalangan anak-anak didiknya tidak begitu berkesan . Manusia yang dilahirkan oleh institusi sekolah masih tidak seimbang perkembanganya walaupun FPN telah dilaksanakan lebih 20 tahun. Di mana silapnya sehingga kita tidak melihat PERUBAHAN itu?
Walau bagaimanapun saya teringat kata orang tua-tua..." kalau cantik kepala , cantiklah ekornya! Kalau bapa kencing berdiri, anaknya pula kencing berlari!
3 comments:
itu la masalah utama orang melayu tika dan saat ini!!! dah macam budaya warisan!
p/s : Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras dengan tindakannya.
ikhlas :
safirul amar azmi
Tepat apa yang Amar cakap! Lantaran itu orang-orang muda hari ini yang insaf dan sedar hal ini, jauhilah sikap itu! Allah swt sentiasa melihat niat dan perbuatan kita dan akan memberi ganjaran sesuai dengan apa yang kita lakukan! Kata orang bijak pandai, "......... jika menanam sebatang pokok, dan pokok itu dijaga dengan baik, dibaja dengan teratur, dielakkan dari serangan serangga, insyaalah, pohon itu akan tumbuh subur dan suatu hari kita akan dapat merasa buahnya yang manis dan ranum!
Falsafah Pendidikan Negara (FPN) tlh dirumus pd 1988 & juga disebut di dlm akta pend. 1996. Sbg seorg yg tlh mengharungi arus pendidikan samada melalui zaman seorg pelajar, sbg pndidik mahupn sbg ibubapa kpd anak2.. Sy dapat rasakan ada sesuatu yang tidak kena dari segi impilmentasinya.. Adakan FPN telah mencapai matlamatnya? Adakah dasar dan implementasi yg digariskn menuruti acuan FPN sebagai payung pendidikan? Sy melihat bahawa Cikgu@Pn.Hjh Norbi seorg berjaya dalam memacu pendidikan berlandaskan acuan FPN.. Krn Cikgu menyentuh semua aspek(JERI) secara holistik.(berdasarkan pengalaman sy bekerja dgn Pn.Hjh ketika di SMKIS)..TK. Cikgu
Post a Comment