Sebaik selepas menunai solat subuh saya dan suami terus bergegas ke Bangi. Hari ini Zaimah berjanji menunggu saya ditol bangi , utk membawa saya ke SMK Permai. Beliau akan menalipon jam 8.00 nanti untuk tujuan itu.
Malang benar pagi ini , h/phone pula tertinggal di rumah.Walhal segala bahan dan persiapan untuk tujuan jemputan telah disediakan lebih awal. Nak berpatah balik, takut lewat pula sampai ditempat yang dijanjikan. Hati terusik sedikit...resah, takut tak dapat menghubunginya, tetapi berbalik kepada semuanya atas ketentuan Allah swt, hati mulai lapang. Senang aja...kalau tak jumpa orangnya, pergi aja ke Nilai...tunggu kedai buka...beli apa yang patut dan balik aja ke rumah. Kan Allah swt yang menentukan semua yang berlaku ke atas kita! Inilah masanya nak dipraktikkan amalan itu.
Sampai ditol, tak sampai 5 minit, Zaimah sampai,Rupanya beliau telah menalipon saya dan ed yang menjawabnya. Edi beri maklumat dan Zaimah tidak berhadapan dengan masalah mencari saya.
Aallah swt sentiasa membantu kalau kita redha dengan ketentuannya!
1 comment:
Assalamualaikum Bik Norbi.
Terima kasih sudi menjengah ke blog saya. Tahun ini saya tak sempat hendak beraya ke rumah Bibik. Saya sekeluarga akan pergi menunaikan haji, dapat pula KT1, itu yang sibuk sedikit. Di kesempatan ini saya memohon ampun maaf di atas segala salah dan silap. Semasa majlis kahwin anak Haji Azmi tempoh hari, saya tak sempat jumpa Bibik. InsyaAllah panjang umur kita berjumpa lagi.
Post a Comment