Saturday, October 10, 2009

Sibuk betul.........

Sebaik selesai tugas di SMK Jalan Reko tadi saya mengikut suami ke sec.3 pula kerana ada temujanji dengan rakannya. Tapii...dek kerana tak pernah ke situ, termasuk lorong lain. Nasib cukup baik tiba-tiba terpandang Fazer sedang membantu sesaorang yang juga tersesat, hati saya amat gembira. Saya dan suami mengikut Fazer ke rumahnya yang tak jauh daripada situ. Sebaik menurunkan saya di rumah Fazer suami meneruskan pula hajatnya ke sec. 3.
Segala urusan yang dirancang selesai kami memecut pulang. Sampai di rumah jam 5.00 petang . Aduh , tak boleh rehat. Malam ni ada 3 jemputan . Tolak satu tinggal dua. Harus pergi sebab majlis tu pertama kali dibuat.
Sementara menunggu masa berangkat, terpaksa siapkan masakan di dapur sebab si bujang akan pulang malam ini. Aduh...duh...duh...Penat hilang bila sibujang tu menang presentationnya. EH! mustahil nak dapat nombor satu kalau yang kamu lawan tu dah bertaraf profesor? Nanti lawan taukeh pula?. Dapat nombor tiga tu dah kira okeylah. Thanks kepada Prof Maziah sebab bimbing dia....Dan Ed kena belajar banyak-banyak bersyukurrrrrrr tahu?

7 comments:

Safirul Amar said...

Edie kan champion..tahniah utk bibik dan edie..hehe..nanti leh belanja makan ramai-ramai...:), tak gitu bibik?

ikhlas;
Safirul Amar Hj Azmi
http://amarmilan.blogspot.com

INTAN HERLINA JASMI...mAMa MiNe said...

Tahniah kpd Eddie Ezwan...Tahniah juga kpd bibik sbb wlpn sibuk dgn tugasan luar, bibik mampu mendidik anak2 hingga berjaya..Intan nk jadi mcm bibik juga 1 hari nnt...:)

Norbi Husin said...

Hai lah Mar, dapat makan roti canai freepun dah kira okey...sebab biasanya kalau makan free rasanya lebih sedap daripada beli.....!

Norbi Husin said...

Alhamdulillah, banyak lagi contoh lain yang Intan boleh contohi....belajar daripada manusia sekeliling...bibik tetap doakan Intan success selalu!
Sayang daripada bik!

Safirul Amar said...

bibik harus berhati2 dgn orang disekelilng kita, nampak baik, tapi ada agenda tersendiri. starategi mereka sangat licik!!! sampai tak boleh tidur dibuatnya!

Norbi Husin said...

Ya! Kadangkala musang berbulu ayam...
Insyaalah!

Norbi Husin said...

Ya! Kadangkala musang berbulu ayam...
Insyaalah!