Sunday, October 25, 2009

Dunia Ana Yang Punya!

Hari ini ( Sabtu) adalah hari terakhir saya menunaikan jemputan sekolah bagi tahun ini. Kali ini nampaknya saya kena hadir di tiga buah sekolah. Mujurlah di Melaka. Di sebelah pagi saya dijemput di SKKB dan selepas selesai di situ jam 10.00 saya memecut ke Majid Tanah. Takut benar terlambat sebab saya sudah berjanji akan sampai jam 10.45 pagi. Alhamdulillah, nampaknya janji saya itu diperkenankan Nya. Maka bertemulah saya dengan guru-guru di SKAL & SKDD(K). Mereka ni bergabung, buat di Kolej Komuniti MT.
Selesai, kami memecut pulang. Perut benar-benar terasa lapar, ajak suami singgah di kedai Makan Hjh Rahmah di Bukit Katil. Saya terlalu rindu hendak makan kari kepala ikan. Memang best masakan di situ. Nasib sekali lagi baik. Kepala ikan hanya tinggal satu dan pastinya itu untuk saya.
Nampaknya nasib guru-guru kita hari ini terlalu baik. Saudahlah gaji naik melambung, dapat pula peruntukan untuk perkembangan staf. Tak perlu gi jauh-jauh. Cukup di sekolah aja. Dapat ilmu, dan dapat makan. So...kerja rajin-rajinlah beb! Jangan suka merungut kalau tugas ditambah!
Malam pula, selepas solat Maghrib dapat sms dari CM. Ajak masuk balik DMDI tapi dengan berat hati terpaksa tolak sebab dah seronok dengan apa yang dilakukan sekarang. Enjoy, dapat bergerak ke sana sini, bebas dan tidak perlu fikir banyak-banyak! Nak jalan, saya jalan, nak mengadap komputer tak siapa larang , nak berkebun boleh...Hai ! terasa dunia ni ana yang punya.....kata allahyarham P.Ramli! Maaf DAR!

Thursday, October 22, 2009

Cantik kepala....

Ramai manusia di dunia ini amat teringin hendak menjadi pemimpin. Kalau mereka menceburkan diri dalam politik, mereka ingin cepat-cepat menjadi ketua walaupun usianya dalam politik baru setahun jagung. Lantaran itu, mereka akan membuat apa sahaja demi mencapai cita-cita tersebut. Ada yang sanggup menghalalkan yang haram atau mengharamkan yang halal. Tipu muslihat, pancung memancung sudah menjadi lumrah kepadanya walaupun dibibirnya tidak lekang dengan hadis-hadis bagi menggambarkan kejujurannya. Bukan apa...ini semua mahu mencari pengaruh atau penyokong atau mahu meyakinkan orang ramai bahawa dialah hero yang akan membela nasib rakyat.
Kalau mereka menceburkan diri dalam apa sahaja bidang kerjaya pula, perkara yang sama turut berlaku. Mereka cepat mahu menjadi ketua walaupun pengetahuan terhadap tugas entah apa-apa. Lantaran terlalu ghairah mahu cepat naik menjadi ketua dalam organisasi tersebut, mereka sanggup mengamalkan budaya ampu sana ampu sini, menjadi orang suruhan atau entah apa-apa lagi.
Bercita-cita ingin menjadi ketua atau pemimpin ni memanglah baik. Maknanya sesaorang itu bercita-cita tinggi dan ini akan memacunya untuk terus gigih bekerja demi mencapai matlamat.
Tetapi yang silapnya, orang yang teringin sangat menjadi pemimpin ni kebanyakannya terdiri daripada mereka yang pandai bercakap sahaja tetapi buatnya tidak. Kata orang cakap tak serupa bikin. Daripada segi tugas...hampak!. Pengalaman dan pengetahuan tentang kerja belum mantap , budaya kerja minda kelas pertama tidak menjadi amalan, tapi dah nak jadi pemimpin. Ini yang boleh melingkupkan sesuatu organisasi.
Nampaknya, tugas guru-guru kita menanamkan nilai-nilai murni di kalangan anak-anak didiknya tidak begitu berkesan . Manusia yang dilahirkan oleh institusi sekolah masih tidak seimbang perkembanganya walaupun FPN telah dilaksanakan lebih 20 tahun. Di mana silapnya sehingga kita tidak melihat PERUBAHAN itu?
Walau bagaimanapun saya teringat kata orang tua-tua..." kalau cantik kepala , cantiklah ekornya! Kalau bapa kencing berdiri, anaknya pula kencing berlari!

Wednesday, October 21, 2009

The right person

Pening juga saya memikirkan apabila seorang sahabat meminta saya mencarikannya calon isteri. Sebab nak cari isteri ni payah sikit. Maklumlah ...ciri-ciri seorang isteri ni agak sukar ditemui sekarang ini berbanding kalau nak cari bini!!!!!!.
Memandangkan sifat sahabat saya ini, saya percaya beliau mahukan seorang isteri yang sedar dan tahu tanggungjawabnya. Selain itu, seorang isteri juga harus sentiasa dapat menyenangkan hati suaminya apabila dipandang , apabila diberi kepercayaan beliau dapat memagang amanah itu, apabila ditinggalkan beliau dapat menjaga kehormatannya dan apabila diberi kemudahan dia tidak menggunakan peluang itu untuk berlebih-lebihan.
Wah! Susah gak kalau macam ni..... nampaknya kenalah tunggu sehingga Allah swt memberikan petunjuk!
Kahwin ni bukan untuk satu hari, malah kalau boleh biarlah sampai ke akhir hayat . Jadi tak usah gopoh-gopoh.....terpaksa buah R&D sikit selain banyakkan berdoa agar mendapat the right person! Takut silap langkah derita sepanjang hayat!

Sunday, October 18, 2009

Ralat gak!

Sewaktu meninggal Erza pagi tadi , hati terasa ralat juga! Tapi Erza harus dibesar dan dididik sendiri oleh ibu dan ayahnya...biar dia membesar bersama mereka. Saya ni ke sana sini, tak boleh bersamanya !
Saya sentiasa mendoakannya agar menjadi anak yang baik kelak.
Ramai datuk dan nenak hari ini suka membela cucu kerana katanya untuk menjadi kawan di rumah. Maklumlah sunyi. Tapi prinsip saya pula lain. Cara didikan anak-anak di Zaman saya dulu lain dan sekarang udah lain. Kata orang , sekarang zaman IT. Tentu cara didikan pun lebih canggih. Lantaran itu, biarkan kedua ibubapanya yang mengasuhnya. Apapun...asal didikan yang diberi berlandaskan agama , insyaalah, ia akan menjadi.

Saturday, October 10, 2009

Sibuk betul.........

Sebaik selesai tugas di SMK Jalan Reko tadi saya mengikut suami ke sec.3 pula kerana ada temujanji dengan rakannya. Tapii...dek kerana tak pernah ke situ, termasuk lorong lain. Nasib cukup baik tiba-tiba terpandang Fazer sedang membantu sesaorang yang juga tersesat, hati saya amat gembira. Saya dan suami mengikut Fazer ke rumahnya yang tak jauh daripada situ. Sebaik menurunkan saya di rumah Fazer suami meneruskan pula hajatnya ke sec. 3.
Segala urusan yang dirancang selesai kami memecut pulang. Sampai di rumah jam 5.00 petang . Aduh , tak boleh rehat. Malam ni ada 3 jemputan . Tolak satu tinggal dua. Harus pergi sebab majlis tu pertama kali dibuat.
Sementara menunggu masa berangkat, terpaksa siapkan masakan di dapur sebab si bujang akan pulang malam ini. Aduh...duh...duh...Penat hilang bila sibujang tu menang presentationnya. EH! mustahil nak dapat nombor satu kalau yang kamu lawan tu dah bertaraf profesor? Nanti lawan taukeh pula?. Dapat nombor tiga tu dah kira okeylah. Thanks kepada Prof Maziah sebab bimbing dia....Dan Ed kena belajar banyak-banyak bersyukurrrrrrr tahu?

Wednesday, October 7, 2009

Tak ada apa yang peliknya...

Sahabat saya menghantar panjang sms kepada saya. Antara katanya ialah". ...apalah nak jadi dengan dunia hari ini...macam-macam malapetaka berlaku sejak akhir-akhir ini. Belum selesai KES H 1 N1 di negara kita dan beberapa negara lain, kita dikejutkan dengan malapetaka di Padang. Gempa bumi yang meragut ribuan nyawa . Sedang kerja-kerja mengeluarkan mayat dijalankan di sana , di Filipina lak berlaku ribut taufan yang membinasakan dan membunuh ribuan manusia...esok entah apa-apa lagi...takut!!!!!!!"
' Alahailah Beb! Tak ada apa yang hendak dipelikkan atau ditakutkan ! Kita baca sejarah kaum Nabi Salleh. kaum Nabi Lut , kaum Nabi Syuib...kaum Nabi Nuh , dan...dan....lagi dan lagi. Bukankah Allah swt itu bersifat penyayang dan tidak zalim? Tetapi jika seseuatu kaum itu sudah melampaui batas...maka Allah swt akan menurunkan bala kepada kaum-kaum tersebut, buat peringatan kepada semua.
Kita seharusnya mengambil ikhtibar dari kesemua yang berlaku...bukan terkejut sekejap dan kemudian kembali melupakan Nya!

Saturday, October 3, 2009

Belajar Redha!

Sebaik selepas menunai solat subuh saya dan suami terus bergegas ke Bangi. Hari ini Zaimah berjanji menunggu saya ditol bangi , utk membawa saya ke SMK Permai. Beliau akan menalipon jam 8.00 nanti untuk tujuan itu.
Malang benar pagi ini , h/phone pula tertinggal di rumah.Walhal segala bahan dan persiapan untuk tujuan jemputan telah disediakan lebih awal. Nak berpatah balik, takut lewat pula sampai ditempat yang dijanjikan. Hati terusik sedikit...resah, takut tak dapat menghubunginya, tetapi berbalik kepada semuanya atas ketentuan Allah swt, hati mulai lapang. Senang aja...kalau tak jumpa orangnya, pergi aja ke Nilai...tunggu kedai buka...beli apa yang patut dan balik aja ke rumah. Kan Allah swt yang menentukan semua yang berlaku ke atas kita! Inilah masanya nak dipraktikkan amalan itu.
Sampai ditol, tak sampai 5 minit, Zaimah sampai,Rupanya beliau telah menalipon saya dan ed yang menjawabnya. Edi beri maklumat dan Zaimah tidak berhadapan dengan masalah mencari saya.
Aallah swt sentiasa membantu kalau kita redha dengan ketentuannya!