Tak rugi ikut cakap abah dulu ...Abah yang mahu saya menjadi guru. Sayapun memang minat nak jadi guru setelah seronok belajar dengan beberapa orang guru semasa di sekolah dulu. Hari ini kebanyakan daripada mereka sudah meninggalkan saya, pergi buat selama-lamanya.Mujur dua tahun lepas saya sempat menziarahi salah seorang daripada mereka. Uzur benar cikgu saya itu ketika itu...maklumlah sudah lebih 80 tahun umurnya. Saya bangga berjumpanya kerana dalam usia begitu beliau masih ingat saya dan boleh mengingatkan saya kembali beberapa peristewa lucu yang berlaku antara saya dengannya. Maklumlah...ketika itu saya agak nakal dan bila dilantik jadi ketua kelas...garang pulak tu!!!!
Kami berbual lama. Mujur sebelum meninggalkannya sempat saya menghulurkan sesuatu kepadanya tanda terima kasih saya kepadanya. Walaupun sekarang beliau sudah tidak ada lagi namun saya tetap mengingatinya. Semoga beliau menghalalkan semua ilmu yang telah disampaikannya kepada saya dan semoga Allah SWT menempatkan rohnya di kalangan orang-orang yang terpilih!.
Hari ini saya terasa amat bertuah kerana Allah swt memilih saya menjadi guru. Saya tidak pernah sunyi walaupun sudah lama bersara. Kalau saya ke pasaraya....ada-ada sahaja yang menolak troli saya ...walaupun saya udah terlupakannya. Kalau saya ke pasar...ada-ada sahaja yang mengingatkan saya agar berhati-hati memijak lantai yang licin tu takut cikgunya ini terjatuh. Alahai...bila dipanggil,"Cikgu ...hati-hati...nanti jatuh?", terasa sebak gak dada ni. Kalau pula pergi ke bank, ada-ada sahaja pegawai di situ yang menyampaikan salam anak mereka kepada saya....dan yang paling best.........kalau sampai hari raya,,,waduh dapat pula ampau atau ada-ada saja buah tangan yang dibawa oleh budak-budak tu untuk cikgunya ini. Alahai...bukan ampau atau buah tangan yang ditunggu tapi ingatan tu yang paling mahal....
Saya sentiasa berdoa semoga semua anak-anak saya itu selamat sejahtera sepanjang hayat!!!!!!!!!!
Sunday, February 7, 2010
Monday, February 1, 2010
Sabar...
Sekarang ni ramai benar siswazah kita yang menganggor walaupun dah menamatkan pengajian mereka lebih daripada 3 tahun. Kasihan gak bila dengar cerita masing-masing. Ada tu ...dah beberapa kali gi temuduga tapi, masih tak berjaya gak.Hutang PTPN dan menyahut, tapi kerja lum dapat ...pening gak kepala bebudak tu! Ada pula tu dah tak kuasa dengar leteran mak bapak lagi! Hari-hari emak bapak tanya , dah dapat keja lum? Aduh!!!!!memang tension kalau kena macam ni.
Apapun saya beritahu bebudak tu, carilah apa kerja sekalipun, walaupun gajinya tak seberapa...buat ajalah. Yang penting, tak makan tidur dan makan tidur...takut lama-lama nanti otakpun jadi lembab. Gaji kecil, hiduplah cara orang gaji kecil...jangan samakan dengan cara hidup mereka yang gaji besar...mana tahu, berkat sabar esok, merekla dapatlah kerja yang agak baik sesuai dengan kelulusan masing-masing.
Tapi ...saya ni cakap aja...yang menempuhnya bebudak tu!!! sEMUA ORANG SURUH MEREKA SABAR TAPI.....yang menanggungnya bebudajk tu gak!
Hailah anak-anak!!! Berdoalah banyak-banyak dengan Allah swt. Dia sahaja yang boleh menolong kita!!!!Razki, ajal maut dan jodoh pertemuan semua ditangan Nya!!!!!!!!Jangan berputus asa!!!!!!!

Tuesday, January 26, 2010
Satu jam berputar
Jam 6.00 pagi keluar rumah, sepatutnya sampai ke tempat yang hendak dituju paling lewat pun pukul 9.30 pagi, tapi malang betul....jam 10.00 pagi saya masih berputar-putar mencari di mana bangunan YGMB dekat Taman Malawati. Nasib baik suami sabar. Masuk sana , masuk ke sini, Lorong Selangor tak gak jumpa. Lama-lama berhenti depan Bank Muamalat, cuba telefon Yana , tp Yana tak jawab.
Anih gak saya. Hampir lebih 10 orang yang ditemui , saya cuba mendapatkan bantuan agar mereka menunjukkkan jalan ke YGMB tapi tak seorangpun tahu. Orang yang bekerja di sekitar beberapa buah bank di situpun tak tahu. Rasa macam nak balik aja, tapi kuatkan hati, tenangkan fikiran! Terus jelajahi juga kawasan tersebut. Kata suami, mungkin bangunan YGMB tu kecil, sebab itu orang tak nampak dan tak tahu.
Sekelai lagi saya berhenti didepan B/Maamalat. Cuba telefon Yana...cuba telefon Murni....dan akhirnya percubaan terakhir cuba telefon Asrul. Nasib baik, panggilan terjawab. Kata Asrul," tunggu kat situ, saya datang, YGMB hanya di belakang Muamalat".RUPA-RUPANYA YGMB TERSERGAM tapi ramai tak nampak!
Ketika saya menuntut dahulu, saya pernah berangan-angan , kalau saya sudah bekerja , dan sudah berkeluarga , saya mahu membina rumah kediaman di kawasan tanah lapang , di keliling rumah akan ditanam pokok-pokok hijau dan berbunga, tidak mahu suasana yang herok-pikok dan mahukan jiran-jiran yang mesra alam.
Nampaknya 85% impian saya sudah dikabulkan Nya. Saya bersyukur dan lebih amat bersyukur kerana saya boleh kenal dengan hampir semua jiran dan penduduk di kampung saya!!!!!!!!!!!.
Sepanjang mesyuarat dijalankan saya gembira dapat bertukar fikiran dengan rakan-rakan , dapat melontar idea dan yang paling seronok saya masih boleh menyumbang kepada YGMB untuk guru-guru! .

Friday, November 20, 2009
Geram..........
Geram betul saya hari ini. Hajat datang ke perpustakaan Negeri hendak releks sambil tu baca apa yang patuit untuk mengisi minda, tapi sedang syok-syok membaca datang bebudak ni entah dari sekolah mana ...duduk memenohi ruang bacaan bercakap dan bergurau sesama sendri seolah-olah mereka tidak sedar tempat tersebut adalah perpustakaan !!!!!ada pula sekumpulan remaja perempuan, barangkali guru-guru pelataih gayanya, duduk berkumpulan , berbual sambil bergelak ketawa . Dari gayanya macam mereka sedang berbual mengenai fesyen tudung terkini. Ini disebabkan masing-masing sibuk membetulkan tudung masing-masing, diikat dengan berbagai gaya sambil bergelak ketawa.
Saya yang duduk di situ mula rasa terganggu. Apa yang dibaca dah tak masuk lagi di dalam otak ni ! Seorang dua warga emas yang duduk berdekatan juga dah mula gelisah, macam gaya mahu aja tinggalkan tempat itu.
Pelik, kenapa ramai sangat manusia hari ini tidak peka kepada keadaan sekeliling?. Kalau datang ke perpustakaan hanya untuk berbual atau berjumpa dengan 'BOY FRIEND', baik tak usah datang...pergi aja di kebun bunga atau restoran, makan-makan. Tak malukah kepada mereka yang duduk mentelaah buku? Tak rasa bersalahkan kalau kehadiran mereka di situ mengganggu si ulat buku?
Penat guru-guru melatih murid-murid di sekolah supaya apabila berrada di perpustakaan wajib senyap? Di dalam perpustakaan tak boleh berbual, tak boleh bergurau, tak boleh mengoyakkan buku-buku atau mencurinya? Kenapa susah sangat untuk membuat sesuatu pekerjaan yang disukai dan tidak menyusahkan orang lain?
Tak senang melihat gelagat mereka, saya terus memberi isyarat supaya mereka diam! Ah! Terperanjat gak mereka. Ada yang tersipu-sipu malu dan ada yang tunduk tak berani angkat muka lagi.
Sewaktu hendak meninggalkan perpustakaan , saya sempat bercakap dengan kerani perempuan disitu.....' Di atas tu bising sangat!...budak-budak berbual! Mengganggu orang lain yang hendak membaca!", kata saya. Si kerani tersebut yang memang dah biasa dengan saya memandang saya.'Memang macam tu puan, ini kan dah nak tutup sekolah...ramailah yang datang kat sini", jawabnya kesal.
'Datang tu memang baik, tapi mengganggu orang yang hendak membaca tu yang tak betul! Saya tegur mereka tadi!", jawab saya. Si kerani tersenyum.' Baguslah puan Hajah buat macam tu!", jawabnya.
Semasa memandu menuju ke rumah, saya melihat diri saya...aduh!!!! dah bersara pun masih nak tegur dan nasihat orang! Tapi.....bila fikir balik...sekali sudah menjadi guru, selamanya sifat guru itu tak boleh dikikis dari hati ini!!!!!!!!

Monday, November 16, 2009
Di mana Jaga?
Selepas ke Tesco saya memecut ke Masjid Negeri. Kebetulan sudah masuk waktu Zohor.Walaupun sembahyang Jemaah baru selesai tetapi eloklah saya sembahyang dahulu di situ sebelum ke perpustakaan walaupun sendirian. Sebaik parking kereta agak jauh sedikit kerana masih banyak kereta jemaah di situ, saya mula menunaikan tanggungjawab. Malang benar , bunyi alarm dari salah sebuah kereta mengganggu konsentrasi. Bukan seminit tetapi begitu lama, hampir 40 minit. Barangkali yang empunya kereta walaupun sudah selesai sembahyang masih duduk di masjid, tidak sedar alarm itu datangnya dari keretanya.
Di mana jaga? Sepatutnya salah seorang dari mereka naiklah ke masjid untuk memaklumkan kepada jemaah yang masih berlonggok berbual sesama sendiri. Mana tahu yang empunya kereta ada dalam kumpulan yang berbual itu. Barulah jemaah lain yang hendak menunaikan tanggung jawabnya tidak terganggu. Aduhailah jaga...anda ramai di pondok tu...buat apa ha? Takkanlah itupun nak diajar?

Sunday, November 15, 2009
Tak tahu ...
Berbual dengan Latifah, gadis Jepun yang baru memeluk Islam cukup membingungkan saya.
Tak tahu nak cakap macam mana. Latifah kurang tahu bahasa Melayu mahupun Inggeris, dan saya pula hanya tahu sepatah dua saja Bahasa Jepun. Jadi nak berkomunikasi agak payah. Kata Latifah, 3 bulan dulu beliau memakai tudung tapi sekarang tidak lagi. Puncanya, apabila beliau keluar rumah dengan memakai tudung, ramai sangat yang bertanya beliau. Tak kira Melayu mahupun bukan Melayu. 'Mengapa orang Jepun pakai tudung?". Latifah tak tahu jawab. Marah ! Bosan ! Langsung ambil keputusan tidak memakainya lagi.
Saya cadangkan Latifah pergi ke PERKIM. Di sana beliau akan mendapat bimbingan secara berterusan. Islam bukan hanya mengucap dua kalimat shahadat malah Latifah patut tahu secara mendalam tentangnya. Jika sudah belajar baru beliau tahu Islam itu mudah dan indah. Natijahnya secara automatik, tudung bukan satu masalah lagi!
Saya kesal tidak dapat membantunya.....Di doakan beliau berjumpa sesaorang yang dapat membimbingnya dengan sabar, tekun dan penuh keikhlasan!
Semoga Allah swt mempermudahkan perjalanan Latifah dalam mencari Nya!

Tuesday, November 3, 2009
Jumpa Kawan!
Walaupun sebuk membuat gubahan hantaran Intan, saya setuju juga ke Mesyuarat Persatuan Sejarah di Seri Negeri jam 3.30 petang tadi. Ini disebabkan Mi datang mengambil saya di rumah .Kalau orang dah sanggup datang ambil dan saya pula masih tak mahu pergi, itu namanya melampau bebenau............!
Sebaik tiba di ODT, saya dah mula rasa seronok. Ramai kawan lama ada . Aduh! Nampaknya Semua veteran aja yang datang ni? Yang muda-muda mana mereka? Tak minat nak berpersatuankah? Atau sebuk bebenau? Kalau pun sebuk bebenau, sesekali elok juga buat kerja-kerja yang tak bergaji ni~
Masa menghadapi jamuan petang tadi, saya ditanya oleh sesaorang yang duduk di sebelah,
Sekaranh, hajah bolehlah aktifkan balik persatuan tu! Eh? Kenapa atas bahu sayalak?"
Eh! Kenapa saya lak?
Apapun ,

Subscribe to:
Posts (Atom)