Sunday, March 29, 2009

Saya dan Ed ke Kesang menghadiri majlis perkahwinan anak bekas kakitangan saya. Saya lewat sampai kerana menghadiri dua lagi majlis perkahwinan sebelum ke sana. Memang seronok bila datang ke majlis perkahwinan terutama kalau mereka itu guru. Saya dapat berjumpa ramai bekas kakitangan serta rakan-rakan. Macam-macam cerita yang dapat didengar daripada kawan-kawan. Saya bersyukur kerana setakat ini semuanya berada di dalam keadaan sihat.
Saya teringat kata -kata seorang bekas wakil rakkyat kepada saya ketika makan semeja dengannya di suatu majlis perkahwinan lebih sebulan lalu. Katanya, dia merasa kagum dengan semangat warga pendidik dalam menjayakan sesuatu majlis perkahwinan rakan-rakan guru mereka. Walaupun seorang itu sudah bertahun-tahun bersara , tetapi sekiranya dia mengadakan majlis-majlis tertentu, termasuklah majlis perkahwinan pasti ramai rakan guru yang datang. Tapi kalau menjadi wakil rakyat, lepas tidak pegang jawatan lagi, bilangan orang yang datang ke majlis perakahiwinan mereka sudah jauh berkurangan. Daripada pemerhatian saya memang ada kebenaran kata-kata bekas YB ini.
Nampaknya, istemewa betul orang yang menjadi guru ini!

Saturday, March 28, 2009

RINDU YANG BERSARANG.....

Pagi tadi saya ke SMS Muar. Saya dijemput untuk menyampaikan 2 slot ceramah sempena perkembangan staff sekolah tersebut. Ini bermakna saya harus bercakap 4 jam. Sebagai bekas guru tentulah saya tidak keberatan memenohi jemputan tersebut. Dulu semasa menjadi guru saya pernah diberi 5 waktu mengajar secara terus menerus. Rehat 20 minit dan sambung balik. Saya rasa semua guru kita pun pernah seperti itu.
Gembira benar semasa bersama guru-guru di situ. Gelak kerawa mereka sepanjang slot ceramah di sampaikan telah mengimbas kembali kenangan semasa bertugas. Terasa rindu suasana seperti itu dan pagi ini saya mendapatnya di SMS.
Saya bersyukur kerana sepanjang bertugas di sekolah dahulu saya telah melakukan yang sepatutnya dan yang terdaya. Jadi selepas bersara, langsung tidak ada rasa terkilan kerana soalan-soalan seperti, 'mengapa saya tak buat dulu.'. Alhamdulillah, saya panjatkan kesyukuran kepada Allah swt.
Cuma ...rasa rindu pada sekolah masih terus bersarang..........

Wednesday, March 25, 2009

Terkejut sakan

Sejak jam 8.00 malam tadi saya duduk di hadapan t.v semata-mata mahu menunggu keputusan pemilihan ketua -ketua dalam sayap UMNO. Saya ni bukanlah minat sangat dengan politik ni. Tak. Cuma apabila TPM kata dia harap calon-calon yang menang nanti haruslah mempunyai integriti yang tinggi, tak main hulur-hulur, jadi saya naklah tahu sapa agaknya yang menang. Pasti yang menang kelak yang tak main hulur-hulur. Tentu para perwakilan yang diberi amanat untuk mengundi boleh memahami amanat TPM tu.
Lebih kurang jan 11.30 malam , pengumuman terakhir dibuat.
Bila nampak muka-muka yang menang, rasa suka ada dan duka pun ada. Tapi dalam duka-duka pun , sempat tergelak gak. Tergelak bila teringat keputusan Lembaga Disiplin UMNO minggu lalu.
Kebetulan tertengok dan terbaca semasa di Langkawi.
Saya teringat kata-kata seorang ustaz. Allah SWT menguji manusia dengan dua cara. Pertama, memberi apa sahaja yang anda kehendaki. Kedua, sebaliknya. Bagi yang kedua, jika anda sabar, redha dan terus mengingati Nya, Allah SWT akan melipatgandakan anugerahnya.
Lagipun yang menang bukan bermakna dia yang terbaik di sisi Allah SWT.

SMS

Sebaik sampai di rumah tengahari tadi saya menerima SMS dari pengirim yang tak diketahui. SMS nya amat syahdu dan ikhlas. Beliau mendoakan saya agar sentiasa dirahmati Allah SWT serta sentiasa mendapat perlindungan daripada Nya. Panjang SMSnya dan saya amat gembira membaca SMS tersebut. Tapi sayang, apabila saya membalas SMSnya untuk mengetahui identitinya, SMS saya tidak berbalas.
Saya sentiasa mendoakan sahabat-sahabat saya serta murid-murid saya sentiasa di dalam peliharaan Nya. Aminnnnnnn!

Tuesday, March 24, 2009

Teman ...

Dalam perjalanan ke perpustakaan pagi tadi saya menerima panggilan dari Puan F. Beliau menjemput saya ke sekolahnya . Bagi saya tak ada masalah asalkan Allah SWT memberi saya kesihatan waktu itu dan tarikh yang ditetapkan itu tidak bertembung dengan jemputan lain. 'Bila tu?", saya cepat bertanyanya sebaik beliau menyampaikan hajatnya. Aduh! geli juga hati,.. bila saya mendengar tarikh yang dimaklumkannya itu 4 bulan dari sekarang.
Ya! Pasti saya akan ke sana dan akan memenohi undangannya. Yang penting Allah SWT mengizinkannya dan beliau mengirimkan plan untuk sampai ke sekolahnya. Maklumlah....tempat tak pernah pergi takut sesat-barat lagi....
Dan saya juga mendapat berita baik pagi ini.Izan menalipon saya memberitahu tentang prestasi ujiannya dua minggu lepas.
Saya sentiasa berdoa semoga , el, ed dan Izan akan menjadi manusia yang berguna kepada agama ,bangsa dan negara. Gua caya luuuuuuuuuu!

Friday, March 20, 2009

Letih betul

Saya sampai di rumah jam 10.00 malam. Itu pun sesudah singgah makan di Sri Duyung. Mujurlah perjalanan dari KLIA ka Melaka tadi tak ada sebarang halangan. Kalau tidak pasti lebih lambat sampai di rumah.
Teringat tugas di Langkawi, seronok gak. Apa taknya, semua peserta orang-orang veteran. Jadi kalau dihitung-hitung sayalah yang muda. Ops! Muda di kalangan mereka aja.....
Yang menyeronokkan, masa di Langkawi malam ke tiga , saya dapat SMS dari Datuk Sukiman, TNC, UKM. Datuk beri tahu dia sedang asyik baca buku saya. Buku APGM. Alahailah Datuk..... takkanlah Timbalan Cancelor sudi baca buku santai seperti itu? Apa pun , terima kasih banyak-banyak kerana sudi membeli dan sudi membaca! Saya tabik you.....

Saturday, March 14, 2009

Gurukah Aku?

Pagi tadi saya ke SKB. Saya sampai tepat jam 8.28 pagi 2 minit lebih awal daripada yang diminta. Macam biasalah...kalau ke sekolah hari-hari Sabtu ni pastilah memenohi jempuitan untuk menyampaikan ceramah sempena program perkembangan staf. Seronok gak bila diberi tajuk Gurukah Aku?. Pada saya memang ramai guru kita ni masih tak perasan mereka tu adalah guru @ pendidik. Yang mereka tahu mereka datang ke sekolah untuk mengajar sebab mahu cari makan. Makna "guru" tidak pernah terlintas untuk direnungkan betul-betul. Jadi masa inilah saya mengambil kesempatan mengajak mereka sama-sama mengupas tajuk ini.
Walaupun saya amat mencintai bidang ini tetapi nampaknya keturunan saya tak ada yang mahu ikut jejak saya. Adapun sorang yang saya harap , tetapi nampaknya susah gak..sebab selalu naik angin apabila apa yang diajar lambat dapat ditangkap ! Takut nanti ramai anak muridnya mati makan hati....