Sunday, March 29, 2009

Saya dan Ed ke Kesang menghadiri majlis perkahwinan anak bekas kakitangan saya. Saya lewat sampai kerana menghadiri dua lagi majlis perkahwinan sebelum ke sana. Memang seronok bila datang ke majlis perkahwinan terutama kalau mereka itu guru. Saya dapat berjumpa ramai bekas kakitangan serta rakan-rakan. Macam-macam cerita yang dapat didengar daripada kawan-kawan. Saya bersyukur kerana setakat ini semuanya berada di dalam keadaan sihat.
Saya teringat kata -kata seorang bekas wakil rakkyat kepada saya ketika makan semeja dengannya di suatu majlis perkahwinan lebih sebulan lalu. Katanya, dia merasa kagum dengan semangat warga pendidik dalam menjayakan sesuatu majlis perkahwinan rakan-rakan guru mereka. Walaupun seorang itu sudah bertahun-tahun bersara , tetapi sekiranya dia mengadakan majlis-majlis tertentu, termasuklah majlis perkahwinan pasti ramai rakan guru yang datang. Tapi kalau menjadi wakil rakyat, lepas tidak pegang jawatan lagi, bilangan orang yang datang ke majlis perakahiwinan mereka sudah jauh berkurangan. Daripada pemerhatian saya memang ada kebenaran kata-kata bekas YB ini.
Nampaknya, istemewa betul orang yang menjadi guru ini!

No comments: