Friday, August 29, 2008

Putar-putar

Aduh! Dah dua kali saya putar 2 di cowboy. Patutlah ramai orang perempuan suka gi sana. Rupa-rupanya banyak yang boleh dilihat dan dibeli. Terutama yang dah nak bermenantu. Tapi saya nak beli apa? Paling-paling bunga hiasan bilik. Itupun tak banyak. Selera dulu tak sama ngan selera sekarang. Memang dah jauh beza.
Hei! Dah tahulah rahsia si Intan ni, suka ungu . Saya pun suka ungu gak tapi kan ungu bodoh2 tahu? Mesti campur-campur sikit agar nampak ungu kelasik. Baru ada class! Saya memang gila kat ungu klasik tu! High taselah!
Kesihan gak dia tak sempat nak gi makan. Takut lambat masuh ofis. Tak apalah kan? Makan ajalah kat food-court tu sorang2 ! Alah matipun sorang gak! Hei! Hei!

Tuesday, August 19, 2008

Malu Rasanya!

Sebaik selesai urusan kami di Hospital pantai, kami menghantar Yati pulang ke rumah , sementara Zani membawa saya ke Bandar Hilir. Katanya , mahu saya meluangkan masa sejam dua bersantai di sana. Pelik juga saya kenapa saya di bawa ke situ. Petang-petang begini nak bersantai apa pula? Kalau terus pulang ke rumah boleh juga saya mengadap laptop, banyak yang boleh dibuat!
Tapi tak mahu banyak cerita ikut jugalah. Terkejut saya apabila beliau membawa saya di Laboratoire Beauty Specialist. Rupanya dia mahu saya berehat dan bersantai di situ disamping mendapatkan rawatan .....Aduh ! Pada mulanya saya menolak keras. Malu pula rasanya . Masa muda-muda dulu taklah ke tempat-tempat seperti itu, ini dah melebehi setengan abad di bawa ke sana pula. Malu rasanya.
Tapi kata Mrs Jess Ng, Saya bertuah! Bukan ramai ibu-ibu dapaf offer daripada anak-anak macam tu, lagipun kalau ditolak lain kali satu apapun tak dapat. Betul juga katanya. Tak salahlah kalau tiga bula dulu saya menerima beg tangan kulit jenama Sachs daripada Edi dan hari ini saya di MP pula. Es!Es! , nampaknya buah-buahan yang saya tanam dah nampak hasilnya. Syukur Alhamdulillah! Semoga Allah SWT memberi rahmat kepada mereka!

Monday, August 18, 2008

Menjengok kawan lama

Apabila sudah ada masa lapang ni elok juga saya menjenguk kawan yang dah lama tak jumpa. Dulu masa terikat dengan kerja, susah nak ke mana-mana. Selalu sibuk dan kalaupun hari Ahad ada cuti saya sebuk pula di dapur. Macam-macam yang hendak dibuat. Sekarang lapang sikit. Jadi, selepas solat Asar tadi saya pun bertolaklah ke rumahnya.
Kebetulan sampai di rumahnya, saya lihat ada tiga empat biji kereta dihalaman rumah. Wah! Pasti ramai anaknya yang pulang , atau setidak-tidaknya beliau ada tetamu. Kedatangan saya disambut gembira. Rupa-rupanya , malam ini beliau mengadakan majlis kenduri tahlil buat arwah suaminya yang sudah setahun meninggal dunia.
Sedih-sedihpun beliau terus bercerita tentang arwah suaminya. Saya faham kesedihan yang masih ditanggung. Seingat dan setahu saya suaminya memang baik dan menyayanginya. Apa nak dikatakan...kita semua ni kepunyaan Nya. Kita boleh dipanggil bila-bila masa kalau DIA mahu. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh.Amin!

Thursday, August 14, 2008

SIS SAYANG!

Alamak! Sedih benar rasanya kerana tak dapat memenohi jemputan si Hamzah dari PPD Jasin ni.Beliau mahu saya menyampaikan slot motivasi kepada calon-calon STP dari Daerah Jasin. Pasti dalam kumpulan pelajar-pelajar tu ada budak-budak daripada SIS. Entah kenapa bila sebut SIS hati melonjak gembira. Tapi malangnya tak dapat memenohi jemputan tu. Sebab takut tak dapat pulang awal dari Segamat. Nak batalkan dengan Segamat tak bolehlah sebab mereka dah jemput saya sebulan lebih yang lalu, surat jemputan dan pelan ke sekolah itupun dah diterima. Saya juga dah jawab, confirm akan datang. Saya ni pegang betul dekat janji!
Tajuk yang diminta saya sampaikan memang ump! Sedap dan banyak boleh dibicarakan...apa boleh buat Hamzah oiiii, simpan tahun depan ye! Itupun kalau ada umur dan masih mahu menjemput.
Sis pula saya dengar dah dapat pengetua baru lagi. Baguslah. Ramai pemimpin banyak pula idea yang boleh dibawa ke situ. Tapi sedih pula bila dengar sorang-sorang daripada situ dah pindah atau bersara. Tapi kita harus pasrah kepada lumrah kehidupan. Mana ada benda yang kekal di dalam dunia ini .Hanya DIA . Dan DIA yang maha mengetahui lagi maha bijak sana. Apa yang diaturkan NYA adalah yang terbaik!Amin!

Tuesday, August 12, 2008

Terima Kasih

Sementara menunggu solat Isya' , saya saja-saja buka email...manalah tahu kalau ada email2 baru yang perlu dibaca. Memang ada. Seronok rasanya bila Cikgu Aisah menulis lagi kepada saya. Terima kasihlah kerana sudi membaca Brontok cikgu tu. Alah Aisah,buku tu baru dua minggu dilancarkan... saja mengabadikan kenangan dan pengalaman. Manalah tahu kalau ada anak-anak cucu yang nak jagi guru sok, bolehlah dapat sedikit sebanyak panduan daripada neneknya yang mungkin ketika itu dah lama tak ada lagi....Jangan budak-budak tu jadi guru tapi tak serupa guru!!!!
E-Mail Aisah tu dah saya balas. ....
Terima kasih!

FOMEMA

KALI KEDUA HARI INI SAYA KUNJUNGI FOMEMA. SEMALAM SAYA DATANG KE SITU TAPI TUGAS TAK SELESAI SEBAB BANYAK YANG DIMINTA TAK SAYA SEDIAKAN. CEREWET JUGA KALAU ADA PEMBANTU RUMAH NI. DAHLAH NAK BAWA MASUK KE SINI CEREWET DAH DAPAT PULA KERJA NAK PERBARUI VISANYA PUN MACAM-MACAM YANG DIPERLUKAN. TAPI KAN YANG PAYAH ITULAH KALAU KITA DAPAT SELESAIKAN KITA BOLEH KUMPUL PENGALAMAN? B UKAN UNTUK DIBUKUKAN TAPI SAJA-SAJA KUMPUL PENGALAMAN!
DARI FOMEMA SAYA TERUS KE KEDAI KAWAN SEBAB MAHU MENGAMBIL BARANG YANG DITEMPA. TEMPA SIANG2 HARGANYA MURAH TAKUT KALAU TUNGGU LAMA NANTI, HARGANYA NAIK DUA KALI GANDA.KAN SEKARANG INI TREND BARANG NAIK HARGA?.
DALAM KEADAAN SEKARANG, SAYA HARUS BIJAK BERBELANJA. TAK MAHU MEMBAZER, TAK MAHU RUGI. TENTU EDIE SETUJUKAN? CUBA TEKA DI????????

Sunday, August 10, 2008

Jalan-jalan di Muar

Lama benar saya tidak ke bandar Muar. Dulu semasa bertugas di SMKR saya sering ke sana kerana jarak SMKR dengan Bandar Muar taklah jauh sangat, tak sampaipun 30 minit kalau memandu. Dulu saya sering ke kedai Kian Seng yang terletak di tepi jalan tu!.... banyak kain langsir di jual di situ. Hargapun tak lah mahal sangat...jadi saya belilah kain lansir untuk pejabat, asrama ataupun untuk rumah sendiri. Kadangkala bukan nak beli sangat tapi tapak tangan terasa gatal kalau ada duit.
Pagi tadi sebaik selesai menyam[paikan slot ceramah di SMK Seri Muar, saya mengajak suami pusing-pusing di bandar tersebut, lihat kedasi-kedai yang sudah mula dibanjiri . Saya juga melihat bangunan mahkamah tempat saya berulang alik suatu masa dahulu kerana menjadi saksi bagi satu kes pelajar saya. AH!!!! tak banyak berubah. Macam tu juga keadaannya.
Saya tak pula selera nak singgah di kedai-kedai pakaian tu.... nampaknya walaupun tempat tersebut tak banyak berubah, tetapi hati saya yang banyak berubah. Dah tak suka lagi belek-belek kain atau jenguk-jenguk kedai pakaian macam dulu-dulu....
Tak sangka sudah hampir 18 tahun masa berlalu....

Thursday, August 7, 2008

Kasihan juga kat Asnan ni! Selalu sangat jemputannya tak dapat saya penohi. Bukan tak suka tapi bertembung dengan jemputan lain yang sudah saya persetujui lebih awal. Nanti kalau saya batalkan jemputan yang awal tu, saya mungkir janji lak. Tak baik kan?
Kali ini Asnan menjemput saya merasmikan penutupan Kursus Kecemerlangan Pelajar-Pelajar PMR di Komplek Al-Khawarizmi, Tg. Bidara. Bagus juga kalau tak bertembung dengan majlis lain. Boleh gi kat sana. Apa nak kata Nan , cikgu terpaksa tolak. Lain kali kalau nak jemput cikgu, jemputlah awal- awal sikit. Ok Nan ye?.

Tuesday, August 5, 2008

Terasa lapang otak saya pagi ini kerana telah melepaskan tugas sebagai Rektor Kolej Antarabangsa DMDI. Bangun tidur tak perlu fikir tentang kolej, tak perlu fikir tentang promosi , tak perlu fikir tentang kursus-kursus yang dipohon daripada Universiti2 yang tergantung entah bila akan turun , tak perlu fikir tentang kewangan kolej dan lagi...dan lagi! Oh~ Bebas rasanya diri kalau dah tak terikat.
Pagi-pagi saya dah melihat kebun bunga. Subur, menghijau dan segar. Saya kemudian ke kedai Gan di Semabuk membeli baja bunga dan apa-apa yang saya suka.
Petang nanti nak ke Sri Malysia kerana menghantar buku-buku motivasi yang dipesan oleh peserta-peserta PTK tu. Kalau sempat nanti saya nak terus ke bank Islam di Taman Cempaka masukkan duit Zani sebab duit JPA nya belum masuk-masuk lagi. Ehg! Sebuk juga rasanya... tapi sibuk yang tak memeningkan kepala....
Apakhabar si Ed dan El agaknya ye? Nanti kalau senang rasa-rasa nak ke sana juga! Tunggu saat dan detiknya!
Selepas selesai menyampaikan ceramah EIC kepada peserta-peserta kursus PTK jam 10.30 pagi tadi seorang peserta kursus dari Negeri Sembilan terus berjumpa saya. Katanya mengapa slot ceramah saya itu tidak di letakkan pada awal kursus sebab sudah dua hari beliau tension dengan kursus PTK, baru sekarang selepas selesai mendengar ceramah tadi beliau merasa lega dan relaks .
Wah!Kasihan juga saya mendengar aduannya. Tapi .......Kenapa lak nak tension dengan kursus PTK?. Kalau tak lulus pun bukan bermakna guru-guru tidak bijak? Kadang-kala ada orang lulus tapi kerjanya di sekolah entah apa-apa!....
Apa pun, kalau pergi berkursus anggap aja anda pergi untuk mendapat ilmu atau berjumpa rakan-rakan untuk bertukar-tukar fikiran. Jangan buang umur kerana nmelayan tension kita...OK?
Selamat mengambil PTK kepada yang masih belum lagi!.....