Apabila sudah ada masa lapang ni elok juga saya menjenguk kawan yang dah lama tak jumpa. Dulu masa terikat dengan kerja, susah nak ke mana-mana. Selalu sibuk dan kalaupun hari Ahad ada cuti saya sebuk pula di dapur. Macam-macam yang hendak dibuat. Sekarang lapang sikit. Jadi, selepas solat Asar tadi saya pun bertolaklah ke rumahnya.
Kebetulan sampai di rumahnya, saya lihat ada tiga empat biji kereta dihalaman rumah. Wah! Pasti ramai anaknya yang pulang , atau setidak-tidaknya beliau ada tetamu. Kedatangan saya disambut gembira. Rupa-rupanya , malam ini beliau mengadakan majlis kenduri tahlil buat arwah suaminya yang sudah setahun meninggal dunia.
Sedih-sedihpun beliau terus bercerita tentang arwah suaminya. Saya faham kesedihan yang masih ditanggung. Seingat dan setahu saya suaminya memang baik dan menyayanginya. Apa nak dikatakan...kita semua ni kepunyaan Nya. Kita boleh dipanggil bila-bila masa kalau DIA mahu. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh.Amin!
No comments:
Post a Comment