Lama benar saya tidak ke bandar Muar. Dulu semasa bertugas di SMKR saya sering ke sana kerana jarak SMKR dengan Bandar Muar taklah jauh sangat, tak sampaipun 30 minit kalau memandu. Dulu saya sering ke kedai Kian Seng yang terletak di tepi jalan tu!.... banyak kain langsir di jual di situ. Hargapun tak lah mahal sangat...jadi saya belilah kain lansir untuk pejabat, asrama ataupun untuk rumah sendiri. Kadangkala bukan nak beli sangat tapi tapak tangan terasa gatal kalau ada duit.
Pagi tadi sebaik selesai menyam[paikan slot ceramah di SMK Seri Muar, saya mengajak suami pusing-pusing di bandar tersebut, lihat kedasi-kedai yang sudah mula dibanjiri . Saya juga melihat bangunan mahkamah tempat saya berulang alik suatu masa dahulu kerana menjadi saksi bagi satu kes pelajar saya. AH!!!! tak banyak berubah. Macam tu juga keadaannya.
Saya tak pula selera nak singgah di kedai-kedai pakaian tu.... nampaknya walaupun tempat tersebut tak banyak berubah, tetapi hati saya yang banyak berubah. Dah tak suka lagi belek-belek kain atau jenguk-jenguk kedai pakaian macam dulu-dulu....
Tak sangka sudah hampir 18 tahun masa berlalu....
No comments:
Post a Comment