Thursday, August 14, 2008

SIS SAYANG!

Alamak! Sedih benar rasanya kerana tak dapat memenohi jemputan si Hamzah dari PPD Jasin ni.Beliau mahu saya menyampaikan slot motivasi kepada calon-calon STP dari Daerah Jasin. Pasti dalam kumpulan pelajar-pelajar tu ada budak-budak daripada SIS. Entah kenapa bila sebut SIS hati melonjak gembira. Tapi malangnya tak dapat memenohi jemputan tu. Sebab takut tak dapat pulang awal dari Segamat. Nak batalkan dengan Segamat tak bolehlah sebab mereka dah jemput saya sebulan lebih yang lalu, surat jemputan dan pelan ke sekolah itupun dah diterima. Saya juga dah jawab, confirm akan datang. Saya ni pegang betul dekat janji!
Tajuk yang diminta saya sampaikan memang ump! Sedap dan banyak boleh dibicarakan...apa boleh buat Hamzah oiiii, simpan tahun depan ye! Itupun kalau ada umur dan masih mahu menjemput.
Sis pula saya dengar dah dapat pengetua baru lagi. Baguslah. Ramai pemimpin banyak pula idea yang boleh dibawa ke situ. Tapi sedih pula bila dengar sorang-sorang daripada situ dah pindah atau bersara. Tapi kita harus pasrah kepada lumrah kehidupan. Mana ada benda yang kekal di dalam dunia ini .Hanya DIA . Dan DIA yang maha mengetahui lagi maha bijak sana. Apa yang diaturkan NYA adalah yang terbaik!Amin!

No comments: