Terasa lapang otak saya pagi ini kerana telah melepaskan tugas sebagai Rektor Kolej Antarabangsa DMDI. Bangun tidur tak perlu fikir tentang kolej, tak perlu fikir tentang promosi , tak perlu fikir tentang kursus-kursus yang dipohon daripada Universiti2 yang tergantung entah bila akan turun , tak perlu fikir tentang kewangan kolej dan lagi...dan lagi! Oh~ Bebas rasanya diri kalau dah tak terikat.
Pagi-pagi saya dah melihat kebun bunga. Subur, menghijau dan segar. Saya kemudian ke kedai Gan di Semabuk membeli baja bunga dan apa-apa yang saya suka.
Petang nanti nak ke Sri Malysia kerana menghantar buku-buku motivasi yang dipesan oleh peserta-peserta PTK tu. Kalau sempat nanti saya nak terus ke bank Islam di Taman Cempaka masukkan duit Zani sebab duit JPA nya belum masuk-masuk lagi. Ehg! Sebuk juga rasanya... tapi sibuk yang tak memeningkan kepala....
Apakhabar si Ed dan El agaknya ye? Nanti kalau senang rasa-rasa nak ke sana juga! Tunggu saat dan detiknya!
2 comments:
alhamdulillah. didoakan agar ibu senantiasa sihat dan lapang minda serta fizikal. amin. eh,kalau2 zani ada duit sok lusa,ibu suka warna apa ye? ;)
Eh..eh ada juga yang nak belikan ibu ye? Apa pun boleh...janji free. Jangan dah beli nak claim lak!!!!
Post a Comment