Tuesday, August 19, 2008

Malu Rasanya!

Sebaik selesai urusan kami di Hospital pantai, kami menghantar Yati pulang ke rumah , sementara Zani membawa saya ke Bandar Hilir. Katanya , mahu saya meluangkan masa sejam dua bersantai di sana. Pelik juga saya kenapa saya di bawa ke situ. Petang-petang begini nak bersantai apa pula? Kalau terus pulang ke rumah boleh juga saya mengadap laptop, banyak yang boleh dibuat!
Tapi tak mahu banyak cerita ikut jugalah. Terkejut saya apabila beliau membawa saya di Laboratoire Beauty Specialist. Rupanya dia mahu saya berehat dan bersantai di situ disamping mendapatkan rawatan .....Aduh ! Pada mulanya saya menolak keras. Malu pula rasanya . Masa muda-muda dulu taklah ke tempat-tempat seperti itu, ini dah melebehi setengan abad di bawa ke sana pula. Malu rasanya.
Tapi kata Mrs Jess Ng, Saya bertuah! Bukan ramai ibu-ibu dapaf offer daripada anak-anak macam tu, lagipun kalau ditolak lain kali satu apapun tak dapat. Betul juga katanya. Tak salahlah kalau tiga bula dulu saya menerima beg tangan kulit jenama Sachs daripada Edi dan hari ini saya di MP pula. Es!Es! , nampaknya buah-buahan yang saya tanam dah nampak hasilnya. Syukur Alhamdulillah! Semoga Allah SWT memberi rahmat kepada mereka!

1 comment:

kecik said...

Alhamdulillah. Moga sentiasa sehat dan berseri wajah. Jgn masam2 ok? hehe. Len kali kita test tmpt laen plak. Kita buat sauna ke, jacuzi ke. :)