Malam tadi saya usik si bujang trang tang-tang ni. Abang, adik dan yang lain- lain semua ucap selamat ulang tahun kepada saya ...tapi yang sorang ni, senyap aja. Apa lagi terkejut sakan bila saya beritahu hari ini ulang tahun saya. Alasan sibuk kereta tersadai tepi jalan malam tu hingga lupa hari ulang tahun ibunya. Alahai...nak tebus salah tu, cepat-cepat janji nak bagi coklat aja tahun ni. Tapi ..le ni tak nampakpun MM tu.....Terfikir gak! Amacamlah kalau dah kahwin nanti. Kalau tak pandai jaga hati isteri, kan merajuk panjang budak tu. Tapi si bujang trang tang-tang ni, bukan kisah orang merajuk. Katanya sayang tu tak payah tunjuk2 atau tak payah hadiah-hadiah. Tapi sekali fikir betul gak. Kalau tunjuk2 pun tapi suka kelentong payah gak. Tapi tak apa, kalau dah ada isteri nanti saya nak ajar dia agar si bujang ni tahu jaga hati orang perempuan. Nanti kau!!!!!!!!
Pagi ni saya sibuk sikit. Harus masak dan kemas cepat sebab lepas tu ada jemputan kahwin. Balik dari sana harus kemas barang sebab nak ke Citrus Hotel. Seminggu di sana atas urusan modul PTK. Kesian gak YGMB kalau saya tak datang. Tak cukup surat jemputan sms lak. Insyalah..datang kalau tak ada aral di jalanan.
Pas tu, balik dari Citrus, esok tu keSMK BBB lak. Phone dah diterima tapi kalau sekembali saya dari Citrus , surat tak menyusul, tak gilah. Dapat gak rehat jap.
Apalah khabau si Zani ni. Katanya rumah sewa dah dapat, tajuk elektif dah tahu...apa lagi blahlah. Katanya hari tu, dia akan terus ke Citrus . Nak ke situ sampai urusan saya selesai. Bagus gak, boleh ajak dia ronda-ronda kat Chow Ket. Saja-saja buang miang badan!
Saturday, April 25, 2009
UlangTahun
Saya bertolak ke Titiwangsa jam 7.30 pagi. Sepatutnya saya tak sepatutnya bertolak seawal itu kerana semalam wakil Titiwangsa telah membuat pindaan waktu slot saya dari jam 9.00 ke jam 11.00 pagi. Dari Melaka ke Titiwangsa bukanlah jauh sangat, lebih kurang 2 jam aja perjalanan. Tapi alasan mengapa saya bertolak awal ialah kerana takut berpusing-pusing mencari sekolah tersebut, tak sedar sudah sampai waktunya. Sebolehnya, saya mahu sampai tepat seperti yang diminta.
Lagipun, kalau bertolak awal, suami bolehlah memandu sambil bersantai. Singgah dibeberapa tempat perhentian. Maklumlah ,dah tua-tua macam ni perlu berhenti selalu bagi melepaskan penat.
Tak sangka Titiwangsa ni mudah dicari. Jam 10.00 pagi kami dah tiba. Tapi oleh kerana masa saya belum tiba, kami duduk berihat di Taman Tasik. wah! sebenarnya malu nak cakap...itulah pertama kali saya ke sana bersama suami. Releks habis.
Sepanjang di sana ....saya menerima banyak sms. Dari El, bibah, Ati, Tamil , Zani dan lain-lain, ucap Selamat ulangtahun saya. Aduh! Baru terperasan diri dah tua setahunlagi. Tahun depan? Ah! belum tentu dapat melihat bulan dan bintang !.
Terima ksih kepada semua yang ingat pada saya.

Wednesday, April 22, 2009
Dekat tapi jauh.....
Nampaknya sepanjang bulan Mei ini jadual saya penuh termasuklah hari-hari bekerja. Yang seronoknya , bulan Ogos pun dah ada yang masuk. Tapi sebaik saya mengemas bilik tidur pagi tadi seorang rakan menalipon saya . Beliau menjemput saya ke sekolahnya hujung minggu ini atas tujuan yang sama. Sedih juga sebab tak dapat hadir kerana sudah berjanji ke Titiwangsa.
Peliknya, bila saya kata mengapa tak beritahu awal, mudah aja jawabnya. Ingat dekat senanglah!
Alahai sayang....kadang-kadang dekat macam jauh. Dan jauh lak...macam dekat!.He! he!!!Macam-macam ye!
Peliknya, bila saya kata mengapa tak beritahu awal, mudah aja jawabnya. Ingat dekat senanglah!
Alahai sayang....kadang-kadang dekat macam jauh. Dan jauh lak...macam dekat!.He! he!!!Macam-macam ye!
Monday, April 20, 2009
Buang Masa Aja!
Sebelum menghantar Zani ke Melaka Central tadi saya singgah dulu di May Bank. Tak senang hati selagi tidak buat penghantaran kepada Lilis dan Ibu Neri. Lebih kurang 15 minit di situ baru ke Melaka Central. Selepas itu saya ke Emoda. Tujuan nak cari kain untuk hiasan meja kuih Ammar nanti. Cari-cari, tapi rasa tak boleh beli kerana tak tahu ukuran sebenarnya dan warna apa yang sesuai. Betul-betul buang masa rasanya. Itulah...hidup kalau tak merancang sebelum buat sesuatu memang tak kan sampai ke matlamat. Tapi kalau dah rancang betul-betulpun masih tak berjaya....redha ajalah. Sebab sebagai manusia , kita ni taklah sehebat manapun hingga menganggap apa yang kita rancang mesti menjadi.
Thursday, April 16, 2009
Senai
Zani dah berangkat ke JB semalam. Malam ini dijangka dia akan menjemput Ed di Senai. Wah!....baik betul adik dan abang, saling jemput menjemput di airpot. Syukurlah kalau hubungan mereka berterusan walaupun masing-masing dah berumahtangga satu hari nanti.
Tp apapun yang paling menggembirakan saya apabila mereka semua dapat mendekatkan diri kepada Nya. Setinggi mana dan sebesar manapun pangkat yang di sandang akhirnya pasti akan ke sana juga.
Apa khabar agaknya El? Mudah-mudahan kesemua mereka di dalam peliharaan Allah SWT zahir dan batin.

Saturday, April 11, 2009
Masak apa?
Tak tahu nak masak apa hari ni! tengok2 di pasar kecil tadi tak ada yang dapat membuka selera. Akhirnya ambil sebiji nenas, salat, ikan kering dan beberapa ekor kembung hitam. Balik baru fikir.
Betul arwah mak cakap dulu...kalau masa kecil nak makan macam-macam, makan ajalah kalau mampu dibeli. Nanti kalau dah macam mak , dah tak selera lagi nak makan. Masak apa pun tak sedap. Kecuali asam pedas, kuah tradisi kami.
Hei, Zani tak sampai-sampai lagi!!!!!. Kata naik keretapi malam tadi. Sekarang dah lebih jam 9 pagi. Sekarang ni, kalau nak gi luar negara lebih cepat berbanding perjalanan dalam negera. Eh! Tentulah, naik kapal terbang mana sama dengan naik keretapi. Apatah lagi kalau naik bas...macam-macam yang kita dengar. Orang kata itu dah takdir tapi takdir apa namanya kalau dah tahu yang memandu tu gila babi? Jangan selalu salahkan takdir.
Allah swt kan bersifat penyayang, pengasih dan adil?

Ziarah
Balik dari majlis perkahwinan tadi saya mengajak Roki menziarahi kubur mak. Dapat tahu Aji dah mengupah wak membersihkannya, jadi hati tu naklah tenguk gak.Memang betul. Keadaannya bersih .
Berdiri beberapa minit kat kubur mak dan abah. Suasana ketika itu tenang dan damai. Hendaknya, roh mereka juga kini dalam keadaan tenang dan damai.
Dan sambil mendoakan rohnya, saya mencari-cari, di manakah agaknya ruang untuk saya pula ke situ apabila sampai masanya.....
Semoga Allah swt merahmati kita semua.

Thursday, April 9, 2009
Sujud syukor
Petang tadi saya ke perpuskaan lagi.Kali ini nak pinjam buku. Nampaknya hari ini dalam sejarah saya ke perpustakaan untuk tujuan tersebut. Selepas memilih dua buah buku, saya ke kaunter pinjaman. Alamak...tersekat di sana. Saya harus turun ke tingkat satu kembali untuk buat pendadaftaran dulu baru boleh pinjam buku. Mahu tak mahu, ikut ajalah arahan. Yang penting matlamat saya tercapai.
Lepas pinjam, tak balik dulu. Tamak betul rasanya. Elok aja saya membaca , kot-kot ada bahan yangberguna untuk saya. Tak sadar dah hampir pukul 3. Apa lagi bergegas berkemas. Sebab belum zohor.
Nasibkurang baik... ada sebuah kereta diletakkan menghalang kereta saya . Terpaksa berpatah balik ke kaunter , minta bantuannya membuat pengumuman. Alhamdulillah tak sampai 5 minit masalah saya selesai.
Dalam perjalanan pulang, dapat berita dari Zani. Alhamdulillahj, dapat ke final year. Apa lagi sujud syukurlah saya zohor itu.

Subscribe to:
Posts (Atom)