Saya bertolak ke Titiwangsa jam 7.30 pagi. Sepatutnya saya tak sepatutnya bertolak seawal itu kerana semalam wakil Titiwangsa telah membuat pindaan waktu slot saya dari jam 9.00 ke jam 11.00 pagi. Dari Melaka ke Titiwangsa bukanlah jauh sangat, lebih kurang 2 jam aja perjalanan. Tapi alasan mengapa saya bertolak awal ialah kerana takut berpusing-pusing mencari sekolah tersebut, tak sedar sudah sampai waktunya. Sebolehnya, saya mahu sampai tepat seperti yang diminta.
Lagipun, kalau bertolak awal, suami bolehlah memandu sambil bersantai. Singgah dibeberapa tempat perhentian. Maklumlah ,dah tua-tua macam ni perlu berhenti selalu bagi melepaskan penat.
Tak sangka Titiwangsa ni mudah dicari. Jam 10.00 pagi kami dah tiba. Tapi oleh kerana masa saya belum tiba, kami duduk berihat di Taman Tasik. wah! sebenarnya malu nak cakap...itulah pertama kali saya ke sana bersama suami. Releks habis.
Sepanjang di sana ....saya menerima banyak sms. Dari El, bibah, Ati, Tamil , Zani dan lain-lain, ucap Selamat ulangtahun saya. Aduh! Baru terperasan diri dah tua setahunlagi. Tahun depan? Ah! belum tentu dapat melihat bulan dan bintang !.
Terima ksih kepada semua yang ingat pada saya.
4 comments:
Happy Birthday!
semoga dipanjangkan umur dan dmurahkan rezeki..dipermudahkan segala hal.kalau tak silap yg ke 58 kn? semoga sihat selalu dan awet muda :)
hepi besday to u..
hepppi besssday to uuu..
hepi besday tu ibondakuuu
heeeeeepiiii bessssday toooo u!
(dengan penuh irama)
Terima kasihlah Zatie sebab ingat kat antie. Tapi buat apa cakap kuat-kuat pasal umur tu!!!!!!diam-diam ajalah!
Ok, apapun , terima kasihlah banyak2!
Wah! sedap gak si bujang ni menyanyi. Ingat pandai nyanyi kat bilik air aja......rupanya kat blog pun boleh! Tapi sayang sikit. Dah lewat sikit nyanyi tu.....
Post a Comment